LUMUT CAMP, Thursday 28 Jan 2021 – YM Brigadier General Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBLF paid a meeting session with the Non-Commission Officers (NCOs) of 3Bn RBLF. The meet was conducted at the Dining Hall of Lumut Camp, 3Bn RBLF.
Welcoming the Commander of RBLF was PW1 Firdaus bin Said, the Regiment Sergeant Major 3Bn RBLF. The meeting session began with the recitation of Al-Fatihah led by Sld Mohammad Hafizuddin bin Mohammad Zaini. During the session, the Commander of RBLF emphasised on the importance of
amanah and professionalism in their daily duties. They were also encouraged to appreciate the privileges provided by the armed forces by maintaining high discipline and avoid negligence towards responsibilities.
The Commander of RBLF took the opportunity to explain the new training cycle of RBLF, in which 3Bn RBLF is currently as the National Guard Duties. The duties include safeguarding the borders and Pulau Baru-Baru (P2B). It is important for all 3Bn RBLF’s personnel to familirise with P2B even the island is far from Lumut Camp, it should not hinder 3Bn RBLF to operate onto the island. He then ended his session with a reminder to all 3Bn RBLF’s personnel not to forget the duties of the five daily prayers, the practice of Dhikr, Salawat and also Istighfar. The session was closed with recitation of doa and the signing of parchment.


SESI PERJUMPAAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERSAMA PTB-PTB RENDAH BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis 28 Jan 2021 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB telah membuat sesi perjumpaan bersama PTB-PTB Rendah Batalion Ketiga (3Bn) TDDB dan telah diadakan di Dewan Makan, Perkhemahan Lumut, 3Bn TDDB.
Ketibaan Yang Mulia Pemerintah TDDB disambut oleh Yang Mulia PW1 Firdaus bin Said, Sarjan Mejar Rejimen 3Bn TDDB. Sesi perjumpaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Sld Mohammad Hafizuddin bin Mohammad Zaini. Semasa sesi tersebut, Yang Mulia Pemerintah TDDB menekankan kepentingan amanah dan sikap profesional dalam tugas harian mereka. Mereka juga disarankan supaya menghargai keistimewaan yang diberikan oleh angkatan bersenjata dengan mengekalkan disiplin yang tinggi dan tidak leka dalam menjalankan tanggungjawab.
Yang Mulia Pemerintah TDDB juga mengambil kesempatan untuk menerangkan mengenai Operasi dan Latihan (OPLAT) baru, yang mana pada putaran ini, 3Bn TDDB bertugas sebagai unit Tugas-Tugas Kawalan Negara. Tugas ini merangkumi tugasan untuk menjaga sekuriti sempadan dan Pulau Baru-Baru (P2B). Walaupun P2B berjauhan dengan Perkhemahan Lumut, namun ianya bukanlah penghalang kepada semua anggota 3Bn TDDB untuk membiasakan keadaan pulau tersebut sekiranya dikehendaki melaksanakan operasi di sana nanti. Beliau mengakhiri perjumpaan bersama PTB-PTB Rendah 3Bn TDDB dengan mengingatkan mereka agar tidak mengabaikan kewajipan sembahyang lima waktu, mengamalkan dzikir, selawat dan juga istighfar. Kemudian sesi perjumpaan disudahi dengan bacaan doa dan menandatangani lembaran kenangan.