BUKIT SUBOK, Thursday, 7 January 2021 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) completed a charity project on the rehabilitation of Bukit Subok Forest Reserve Recreational Park, Brunei Muara District.
The handing over ceremony held this morning and was attended by Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF, Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Dato Paduka Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin, Permanent Secretary of Ministry of Foreign Affairs and Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim, Managing Director of Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).
The construction works carried out along the track and infrastructures at the Bukit Subok Forest Reserve Park under RBAF’s ‘Titian Amal’ initiative focusing on the reconstruction of the two main hut and two wooden bridge including repairs of pathways and handrails along the track.
The project commenced on 16 November 2020 and was led by the Combat Engineer Squadron, Support Battalion RBLF in tandem with the Assault Pioneer Platoon from First Battalion RBLF, Second Battalion RBLF and Third Battalion RBLF.
This charitable effort is also one of the RBAF’s social responsibilities in contributing back to the community as well as exposing and enhancing the skills of the military personnel.


PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL ABDB MENAIKTARAF DAN MEMBERSIHKAN TAMAN REKREASI HUTAN SIMPAN BUKIT SUBOK
BUKIT SUBOK, Khamis, 7 Januari 2021 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyempurnakan satu projek Titian Amal dengan menaik taraf dan membersihkan Taman Rekreasi Hutan Simpan Bukit Subok, Daerah Brunei dan Muara.
Majlis penyerahan projek telah disempurnakan pada pagi tadi yang dihadiri oleh Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Dato Paduka Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim, Pengarah Urusan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).
Kerja-kerja penaiktarafan yang dijalankan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Bukit Subok di bawah projek Titian Amal ABDB ini termasuk pembersihan di kawasan trek-trek laluan pendakian bukit, penaiktarafan dua pondok utama dan dua jambatan serta pembaikan ruang jalan kaki konkrit dan susur pemegang tangan di sepanjang trek-trek laluan taman tersebut.
Projek pembinaan yang bermula pada 16 November 2020 telah dilaksanakan bersama di antara Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu TDDB dan Platun Rintis Serang (PRS) Batalion Pertama TDDB, Batalion Kedua TDDB dan Batalion Ketiga TDDB. Titian Amal pada kali ini menjurus kepada penaiktarafan infrastruktur-infrastruktur yang ada di taman tersebut bagi keselesaan pengunjung-pengunjung yang melakukan aktiviti riadah.
Usaha berkebajikan ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial ABDB dalam menyumbang amal jariah kepada masyarakat serta sebagai satu landasan bagi mendedahkan dan meningkatkan lagi kemahiran anggota-anggota tentera.