LUMUT CAMP, Thursday, 31 December 2020 – A Hajat Prayer, recitation of Yaasin and Tahlil ceremony in conjunction with new year 2021 was held on Thursday, 16 Jamadilawal 1442/31 December 2020 at Surau Ar-Rahmah Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF), Lumut Camp.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer 3Bn RBLF. Also in attendance were officers and personnel of 3Bn RBLF.

The ceremony started with mass Maghrib prayer, followed by the recitation of Surah Yaasin and Tahlil. The event was concluded with the recitation of “Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam”.

The event serves to strengthen the camaraderie between the officers and personnel of 3Bn RBLF. It is also to pray for a blessed 2021 and the success of every planned activities in 2021.

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT, MEMBACA YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA TAHUN BARU MASIHI 2021

PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis, 31 Disember 2020 – Bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Masihi 2021, Majlis Sembahyang Sunat Hajat, membaca Yaasin dan Tahlil telah diadakan pada hari Khamis, 16 Jamadilawal 1442 bersamaan dengan 31 Disember 2020 bertempat di Surau Ar-Rahmah, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB), Perkhemahan Lumut.

Hadir di majlis tersebut selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari 3Bn TDDB.

Majlis ini dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil beramai-ramai. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Antara tujuan majlis diadakan selain merapatkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan anggota 3Bn TDDB, ia adalah dihasratkan bagi memohon keberkatan, rahmat dan kesejahteraan bagi tahun 2021 ini agar apa jua perancangan dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 berjalan lancar dan mendapat keberkatan.