BERAKAS GARRISON, Thursday, 31 December 2020 –
Marking the end of the school holiday, First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) organised a beach cleaning campaign at Berakas Garrison starting from the Garrison Mini Stadium towards the Warrant Officer, Staff Sergeant and Sergeant’s Mess, Berakas Garrison.
The event kicked off with a Zumba session followed by the beach cleaning campaign and ended with refreshments and lucky draws. A total of 78 family members of 1Bn RBLF joined this activity to support the campaign.
This event was held to promote cleanliness, health and environmental awareness as well as to further strengthen relationship and bonds between families of 1Bn RBLF.

BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI AKTIVITI KEMPEN MEMBERSIHKAN PANTAI
BERAKAS GARISON, Khamis, 31 Disember 2020 – Sempena penghujung cuti persekolahan, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Kempen Membersihkan Pantai yang bermula dari kawasan Mini Stadium, Berakas Garison hingga ke kawasan Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison.
Sebelum kempen kebersihan dilaksanakan di kawasan-kawasan berkenaan, acara tersebut telah dimulakan dengan sesi Zumba. Acara kemudiannya diserikan dengan aktiviti cabutan nombor bertuah dan jamuan. Seramai 78 ahli keluarga 1Bn TDDB turut hadir untuk menyokong kempen kebersihan tersebut.
Acara seumpama ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan kebersihan dan kesihatan, demi menjaga keindahan alam persekitaran. Di samping itu, acara ini juga merupakan salah satu inisiatif kearah memperkukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim di kalangan anggota 1Bn TDDB.