BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 31 December 2020 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) gave charitable donations to orphans of 2Bn RBLF in order to support them in preparation for the new school term of 2021. A total of 11 recipients from 4 families of 2Bn RBLF personnel received the donations.
The delegation was led by Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of 2Bn RBLF. Also presenting the donations were Second-In-Command and Officers Commanding of 2Bn RBLF.
Upon arrival at the recipient’s residence, the ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of donations and ended with the recitation of Doa Selamat.
The acts of charitable donations showcased the concerns for the orphans of 2Bn RBLF personnel in order to assist them in their preparations for school such as buying stationery and books.
The donations presented were collected from the contributions of 2Bn RBLF Welfare Fund.

PENYERAHAN WANG DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM ANGGOTA BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 31 Disember 2020 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan aktiviti berkebajikan iaitu majlis penyerahan sumbangan derma kepada anak-anak yatim anggota 2Bn TDDB bagi membantu mereka dalam membuat persiapan sebelum bermulanya musim persekolahan di tahun 2021. Seramai 11 penerima dari 4 buah keluarga anggota 2Bn TDDB telah menerima sumbangan pada hari ini, 31 Disember 2020.
Sumbangan yang diberikan dihantar terus di rumah kediaman penerima-penerima derma yang mana rombongan dari 2Bn TDDB diketuai oleh Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Selain itu, Timbalan Pegawai Pemerintah dan Pegawai-Pegawai Memerintah 2Bn TDDB juga terlibat sama dalam penyerahan derma-derma tersebut.
Sejurus tiba di kediaman penerima, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyerahan sumbangan ikhlas dari 2Bn TDDB. Aktiviti ini diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Majlis penyerahan sumbangan derma 2Bn TDDB yang diungkayahkan ini adalah bertujuan untuk membantu anak-anak yatim 2Bn TDDB membuat persiapan persekolahan seperti membeli buku dan alat tulis.
Sumbangan yang disampaikan merupakan hasil kutipan Dana 2Bn TDDB.