BERAKAS GARISON, Thursday, 31 December 2020 – A total of 16 orphans from 9 families from Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) received donations from Tabung Kebajikan Royal Brunei Armed Forces today. As part of the precautionary measures to COVID-19 situation, the donations were delivered to the recipients’ residences located in Brunei Muara District and one family in Belait District.

Lieutenant Colonel Abdul Mutalip bin Bujang, Commandant of CSS RBLF presented the donations to several recipients in Kampong Sungai Akar while a few appointed officers also presented the donations in Brunei-Muara District and Belait District accompanied by officers from CSS units.

This event is aimed to ease the financial burdens faced by the orphans and their expenses in preparing for the upcoming school term.

KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HULUR SUMBANGAN DERMA KEPADA 16 ANAK YATIM

BERAKAS GARISON, Khamis, 31 Disember 2020 – Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) hari ini telah menghulurkan derma dan sumbangan melalui Tabung Kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kepada 16 orang anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga KBK TDDB yang telah kembali ke rahmatullah. Sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani situasi COVID-19, penyerahan sumbangan derma telah diserahkan ke rumah-rumah kediaman penerima yang mana sebanyak sembilan buah keluarga berada di Daerah Brunei Muara dan sebuah keluarga di Daerah Belait.

Leftenan Kolonel Abdul Mutalip bin Bujang, Komandan KBK TDDB telah menyempurnakan penyampaian derma tersebut kepada beberapa penerima di Kampong Sungai Akar, manakala beberapa pegawai TDDB yang dilantik turut menyampaikan derma dan sumbangan di kawasan Daerah Brunei Muara dan Belait dengan diiringi oleh Pegawai-pegawai daripada unit-unit KBK TDDB.

Melalui majlis yang penuh berkebajikan ini adalah dihasratkan agar ia mampu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh anak-anak yatim untuk keperluan perbelanjaan persekolahan mereka yang baru di tahun 2021.