BERAKAS GARRISON, Wednesday, 07 October 2020 – A virtual introductory call was held between Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) and the Australian Chief of Army, Lieutenant General Rick Burr AO, DSC, MVO.

Both sides reaffirmed the strong relationship between the two armies and discussed ways forward to further enhance the longstanding bilateral cooperation that are bolstered through bilateral training, exchange of courses and other engagements. The situation on COVID-19 and each other’s military contribution including the army were also shared during the call.

Bilateral exercise code-named Malee Bull is the flagship military engagement between the two countries which had started in 1992. The RBLF last hosted this exercise in Brunei Darussalam in 2018 and subsequently was held in Australia in 2019. 

PERJUMPAAN PENGENALAN SECARA TALIAN DI ANTARA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN PANGLIMA TENTERA DARAT AUSTRALIA

BERAKAS GARISON, Rabu, 07 Oktober 2020 – Perjumpaan pengenalan secara talian telah dilaksanakan pada hari ini di antara Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Leftenan Jeneral Rick Burr AO, DSC, MVO, Panglima Tentera Darat Australia.

Kedua pihak menyatakan hubungan yang kukuh di antara angkatan darat dan membincangkan usaha ke arah meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala yang telah sekian lama terjalin melalui latihan ketenteraan, pertukaran kursus dan kerjasama yang lainnya. Penularan wabak COVID-19 dan penglibatan angkatan tentera termasuk tentera darat juga dikongsikan semasa perjumpaan.

Eksesais dua-hala yang dinamakan Malee Bull adalah kerjasama ketenteraan utama di antara kedua buah negara yang telah bermula sejak tahun 1992. TDDB telah menghoskan eksesais berkenaan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2018 dan diikuti dengan perlaksanaannya di Australia pada tahun 2019.