BERAKAS GARRISON, Monday, 01 October 2020 –
Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) received an introductory call from Commander Randall D. Jones, Chief of Office Defence Cooperation, US Embassy held at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison.
Commander RBLF expressed his appreciation and gratitude to Commander Lucas Gardner Barlow for the robust bilateral cooperation notably in the defence and military sectors, and expressed pleasure with the on-going bilateral cooperation in military-related activities which includes the Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise. Both sides are also pleased with the continued engagements at the multilateral level through Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT) as well as through the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus) framework.
It is hoped that the long existing bilateral interactions will continue to grow. Further discussions on best practices to curb the spread of COVID-19 in both countries was also discussed during the session.
PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA CHIEF OF OFFICE DEFENCE COOPERATION, US EMBASSY
BERAKAS GARISON, Isnin, 01 Oktober 2020 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan hari ini telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Commander Randall D. Jones, Chief of Office Defence Cooperation, US Embassy bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
Pemerintah TDDB merakamkan penghargaan dan terima kasih bagi jalinan persahabatan dan kerjasama yang sangat baik, terutamanya dalam bidang pertahanan dan ketenteraan. Pada peringkat dua hala, kerjasama terus dipupuk melalui pelbagai landasan termasuk eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT). Kerjasama dan interaksi yang berterusan pada peringkat pelbagai hala seperti melalui Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT) dan ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus) turut memberikan sumbangan kepada jalinan persahabatan kedua buah negara tersebut.
Melalui kunjungan pengenalan ini adalah diharapkan agar hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin akan terus berkembang dan diperkukuhkan dari masa ke semasa. Perbincangan lanjut mengenai amalan terbaik dalam menangani penularan wabak COVID-19 bagi kedua buah negara turut dikemukakan semasa kunjungan berkenaan.