BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 01 March 2020 – Royal Brunei Land Force (RBLF) participated in the cycling event ‘Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020’ held at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. Park, Bandar Seri Begawan.
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to participate in the cycling event ‘Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020’ with other members of the Royal family at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
A total of 276 RBLF personnel celebrated the occasion by participating in a cycling leisure event. Also present were the Commander of RBLF, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Chief of Staff, Senior Officers, Officers and other RBLF personnel.
The event began with a religious programme ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’ at the Omar’ Ali Saifuddien Mosque. Today’s topic of tazkirah was ‘Jadilah Hamba Yang Bersyukur Bersempena Dengan Hari Kemerdekaan’ delivered by Dr Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah, from the Islamic Da’wah Centre.
The Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 route covered a distance of 11.5 kilometer, passing several main roads along Bandar Seri Begawan.


TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI RIADAH BERBASIKAL SEMANGAT KEBANGSAAN 2020
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 01 Mac 2020 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menyertai Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 yang telah diadakan di Taman Sir Haji Omar Ali Saifuddien (SOAS), Bandar Seri Begawan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli bagi menyertai acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Seramai 276 anggota TDDB telah memeriahkan sambutan tersebut dengan menyertai acara riadah berbasikal. Turut hadir ialah Pemerintah TDDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Acara riadah Bandarku Ceria dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat dengan tazkirah bertajuk ‘Jadilah hamba yang bersyukur bersempena dengan Hari Kemerdekaan’ yang disampaikan oleh Dr Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah dari Pusat Dakwah Islamiah.
Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh hampir 11.5 kilometer, melalui beberapa jalan utama di Bandar Seri Begawan.