PENANJONG GARRISON, Tuesday, 07 January 2020 – In conjunction with Royal Brunei Land Force’s (RBLF) 58th Anniversary and Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) 30th Anniversary, Sp Bn RBLF had successfully held a blood donation campaign at Sp Bn RBLF, Penanjong Garrison.

The campaign was coordinated with the Blood Bank Centre of Raja Isteri Pengiran Anak Saleha’s (RIPAS) Hospital. A total of 91 volunteers from various units under Sp Bn RBLF  donated to make the campaign a success.

The aim of this blood donation campaign is to support Blood Bank Centre of RIPAS’s Hospital in increasing the blood savings to ensure availability of blood supply. At the same time, the campaign also aims to raise awareness of the benefits of donating blood. 

KEMPEN DERMA DARAH BATALION BANTU SEMPENA HUT TDDB KE 58 TAHUN DAN HUT BATALION BANTU TDDB KE 30 TAHUN

PENANJONG GARISON, Selasa, 07 Januari 2020 – Kempen Derma Darah bagi Batalion Bantu sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang ke-58 dan juga Hari Ulang Tahun Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) yang ke-30 telah diadakan di Bn Bantu TDDB, Penanjong Garison.

Kempen tersebut telah dikendalikan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Seramai 91 penderma sukarelawan terdiri daripada setiap unit di dalam Bn Bantu TDDB melibatkan diri bagi menjayakan kempen tersebut.

Kempen Derma Darah ini dijalankan sebagai salah satu aktiviti tahunan sempena sambutan HUT TDDB. Kempen ini diadakan bertujuan bagi membantu Unit Tabung Darah Hospital RIPAS untuk menambah simpanan darah bagi memastikan ketersediaan bekalan darah yang mencukupi di samping meningkatkan lagi kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap tubuh badan dan kesihatan penderma.