TUTONG CAMP, Sunday, 03 November 2019 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) 58th Anniversary, Khatam Al-Quran and Thanksgiving ceremonies were held throughout RBLF camps.
Present as the guest of honour for the Khatam Al-Quran ceremony at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Commander of RBLF. Also in attendance were Chief Medical Officer, senior officers, officers and other RBLF personnel.
Also present as the guest of honour for the ceremony at Surau Al-Faizun, Berakas Garisson was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Chief of Staff RBLF. Meanwhile at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp, Lieutenant Colonel Erwan Bin Haji Ibrahim, Commanding Officer of Third Battalion RBLF was present as the guest of honour during the ceremony.
The ceremonies started with recitation of Al-Quran, mass Maghrib and Hajat prayers and the recitation of mass Surah-surah Khatam. The event continued with a Takhtim recitation and Dikir Marhaban and concluded with mass Isyak prayer and closing doa.
These activities also aim to enhance spirituality in the RBLF workforce so as to encourage values of honesty and integrity at work.

Surau Al-Fa’izun
Surau Pengiran Ratna Indera

Surau Ar-Rahmah
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE 58
PERKHEMAHAN TUTONG, Ahad, 03 November 2019 – Bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran di semua perkhemahan TDDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Perubatan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota- anggota TDDB.
Juga hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran di Surau Al-Faizun, Berakas Garison adalah Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Ketua Staff TDDB. Manakala di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut, Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan Bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB hadir selaku Tetamu Kehormat semasa majlis tersebut.
Majlis- majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran dimulakan dengan bacaan surah Al-Quran, sembahyang Fardhu Maghrib dan Hajat berjemaah dan majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah Khatam beramai-ramai. Majlis diikuti dengan Dikir Marhaban, sembahyang isyak berjemaah dan diakhiri dengan bacaan Doa Khatam dan Doa Kesyukuran.
Aktiviti-aktiviti seperti ini juga bertujuan untuk meningkatkan sifat kerohanian bagi mendorong anggota-anggota untuk menjalankan tugas dengan penuh jujur dan integriti.