BERAKAS GARRISON, Wednesday, 15 March 2023 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held The Certificate Presentation Ceremony of Food Handling & Serving Workshop today at the Cook House Berakas Garrison. A total of 31 participants consisting of personnel from all companies of 1Bn RBLF had joined the workshop which was held from 13 March 2023 until 15 March 2023 by trainers from 1Bn RBLF and the Military Trade School, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
Present as the guest of honour was Major Abdul Hazim bin Haji Abdul Rahman, Officer in Command of Admin Company 1Bn RBLF. Also present were officers and personnel of 1Bn RBLF.
The objective of this workshop was to increase participants’ skills and exposure in the battlefield environment as well as to provide high quality of service in food handling and service with full commitment towards excellence.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BAGI PESERTA BENGKEL PENGENDALIAN DAN SAJIAN MAKANAN MEDAN
BERAKAS GARISON, Rabu, 15 Mac 2023 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil bagi Bengkel Pengendalian dan Sajian Makanan Medan bertempat di Rumah Masak Berakas Garison. Seramai 31 peserta terdiri daripada anggota kompeni-kompeni Batalion Pertama TDDB telah berjaya mengikuti bengkel berkenaan yang diadakan bermula 13 Mac 2023 hingga 15 Mac 2023, Bengkel tersebut dikendalikan oleh jurulatih gabungan daripada 1Bn TDDB dan Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB).
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada peserta bengkel ialah Mejar Abdul Hazim bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Memerintah Kompeni Pentadbir 1Bn TDDB. Turut hadir di majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai dan anggota – anggota 1Bn TDDB.
Objektif bengkel bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta di samping memberikan pendedahan dalam suasana medan peperangan semasa melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Ia juga memastikan agar peserta kursus yang terlibat untuk memberikan khidmat dalam pengendalian dan sajian makanan yang berkualiti tinggi dan penuh komited dalam menuju kecemerlangan yang diharapkan.