BERAKAS GARRISON, Thursday, 16 February 2023 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Doa Kesyukuran Ceremonies to mark the 49th birthday of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office today at all suraus within RBLF camps.
Present as the Guest of Honour at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and RBLF personnel. Similar events were also held simultaneously at Surau Pengiran Ratna Indera Tutong Camp, Surau Ar-Rahmah Lumut Camp, Surau Al-Quwwah Bangar Camp and Masjid Pulau Baru-Baru. Present at the events were Commanding Officers and personnel from each respective camp.
It began with mass Maghrib prayers, followed by Sunat Hajat prayer and the recital of Surah Yaasin. The ceremony then proceeded with Doa Kesyukuran for His Royal Highness and concluded with mass Isya’ prayers.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-49
BERAKAS GARISON, Khamis, 16 Februari 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia yang ke 49 bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada hari ini bertempat di semua surau Perkhemahan TDDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis yang sama turut diadakan di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong, Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut, Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar dan Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Pemerintah dan anggota-anggota dari setiap perkhemahan.
Acara dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran bagi Duli Yang Teramat Mulia dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.