JOHOR BAHARU, Thursday, 15 December 2022 – The 6th Malaysia-Brunei Army to Army Talks 2022 (6Th MAL-BRU A2AT 2022) between the Royal Brunei Land Force (RBLF) and the Malaysian Army was held successfully from 12 December 2022 until 16 December 2022 at the Thistle Hotel, Johor Baharu, Malaysia.
The meeting was hosted by Brigadier General Kamarudzaman bin Mohd Thani, Director General of Operations and Training, Malaysian Army Headquarters as a Head of Delegations of Malaysian Army. Representing RBLF was Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Chief of Staff RBLF as Head of RBLF Delegation.
The co-chaired meeting was held physically this year between both armies in order to coordinate and discuss future projection of bilateral activities and programs for the year 2023. It was also intended to facilitate further future opportunities in expanding military cooperation which all projected agendas of 6th MAL-BRU A2AT 2022 meeting were agreed upon by both representatives.
MAL-BRU A2AT is held annually by both countries on an alternate basis. The 5th MAL-BRU A2AT was hosted by RBLF via virtual on 28 July 2021 due to the COVID-19 pandemic situation. This meeting is one of the significant platform in enhancing close bilateral relations as well as maintaining strong military and diplomatic cooperation between the two Land Forces.
MESYUARAT KALI KE 6 MALAYSIA-BRUNEI ARMY TO ARMY TALKS 2022
JOHOR BAHARU, Khamis, 15 Disember 2022 – Mesyuarat kali ke 6 Malaysia-Brunei Army To Army Talks 2022 (6th MAL-BRU A2AT 2022) di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berjaya dilaksanakan bermula 12 Disember 2022 hingga 16 Disember 2022 bertempat di Thistle Hotel, Johor Baharu, Malaysia.
Mesyuarat tersebut telah dihoskan oleh Brigedier Jeneral Kamarudzaman bin Mohd Thani, Ketua Pengarah, MK TD, Cawangan OPLAT, Markas TDM selaku ketua delegasi TDM. Manakala, Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Ketua Staf TDDB mewakili pihak TDDB sebagai Ketua Delegasi.
Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh kedua angkatan tentera darat pada tahun ini telah diadakan secara fizikal bagi menyelaras dan membincangkan pelan perancangan aktiviti dan program dua hala bagi tahun 2023. Ia juga bertujuan bagi memperluaskan lagi peluang hubungan kerjasama pada masa depan khususnya dalam bidang ketenteraan yang telah dipersetujui dan diterima baik oleh kedua angkatan tentera mengikut agenda mesyuarat 6th MAL-BRU A2AT 2022 berkenaan.
MAL-BRU A2AT dilaksanakan secara tahunan dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergilir-gilir. 5th MAL-BRU A2AT telah dihoskan oleh TDDB secara talian pada 28 Julai 2021 disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan. Mesyuarat berkenaan merupakan salah satu platform yang penting dalam meningkatkan hubungan bilateral yang sememangnya erat antara kedua negara, di samping mempertahankan pengukuhan kerjasama ketenteraan dan diplomasi antara kedua angkatan tentera darat.