BERAKAS GARRISON, Friday, 28 October 2022 – The promotion ceremony for Royal Brunei Land Force (RBLF) Warrant Officers took place today at the Warrant Officers, Staff Sergeant and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison. 

Present to award the rank insignia was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF. Also present to witness were the Deputy Commander of RBLF, Field Commander of RBLF, Chief of Staff RBLF, Senior Officers and Senior Non-commissioned Officers of RBLF.

A total of 35 personnel were promoted which consisted of four personnel promoted to Substantive Warrant Officer 1, seven personnel promoted to Acting Warrant Officer 1, two personnel promoted to Substantive Warrant Officer 2 and 22 personnel promoted to Acting Warrant Officer 2.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah led by Sergeant Md Masdiman bin Hj Osman, followed by the presentation of insignias by the Commander of RBLF. The ceremony then continued with signing of parchment and recitation of Closing Doa.




MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT BAGI PEGAWAI-PEGAWAI WARAN PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 28 Oktober 2022 –  Majlis penyampaian pangkat bagi Pegawai-pegawai Waran peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan pada hari ini bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian pangkat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, dan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan TDDB.

Seramai 35 anggota telah menerima penyampaian pangkat terdiri daripada empat anggota dinaikkan ke Pangkat Pegawai Waran Satu Tetap, tujuh anggota dinaikkan ke Pangkat Pemangku Pegawai Waran Satu, dua anggota dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran Dua Tetap dan 22 anggota dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran Dua.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Sarjan Md Masdiman bin Hj Osman diikuti dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Pemerintah TDDB.. Majlis diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan dan bacaan Doa Penutup.