
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 26 October 2022 – The Medical & Health Services, Royal Brunei Land Force (MRS RBLF) conducted the Tactical Combat Casualty Care (TCCC) Course in conjunction with Exercise Cooperation Afloat Readiness and Training 2022 (EX CARAT 2022) that was held from 25 October 2022 until 26 October 2022 at the Medical Training Wing, Bolkiah Garrison Medical Complex.
The TCCC Course was delivered by seven personnel from the United States Navy and participated by 28 participants comprising personnel from the RBLF, Royal Brunei Air Force, Royal Brunei Navy, Special Force Regiment RBAF, Royal Brunei Police Force and Emergency Medical Ambulance Services (EMAS) Ministry of Health participated in the course.
TCCC for Medical Personnel (TCCC-MP) is a 16-Hour course for military medical personnel, including medics and normally delivered to all military personnel in the United States of America as an early preparation in managing medical emergencies in vicinity of military operations. With such opportunity to conduct the course in Brunei Darussalam, participants were able to gain relevant and valuable knowledge and practical skills, which will benefit their daily tasks.

KURSUS TACTICAL COMBAT CASUALTY CARE SEMPENA EKSESAIS COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING
BOLKIAH GARISON, Rabu, 26 Oktober 2022– Khidmat Perubatan & Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei telah mengendalikan Kursus Tactical Combat Casualty Care (TCCC) sempena Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (EX CARAT) 2022 yang bermula pada 25 Oktober 2022 hingga 26 Oktober 2022 bertempat di Cawangan Latihan Perubatan, Kompleks Perubatan Bolkiah Garison.
Kursus TCCC tersebut disampaikan oleh tujuh orang anggota dari Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) dan telah dihadiri oleh seramai 28 orang peserta daripada TDDB, Tentera Udara Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Rejimen Pasukan Khas ABDB, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Emergency Medical Ambulance Services (EMAS) daripada Kementerian Kesihatan.
Kursus TCCC for Medical Personnel (TCCC-MP) merupakan kursus 16 jam bagi anggota perubatan tentera termasuk anggota medik yang kebiasaannya disampaikan kepada kesemua anggota tentera di Amerika Syarikat sebagai persediaan awal dalam menangani kecemasan perubatan di kawasan operasi ketenteraan. Dengan adanya peluang untuk mengendalikan kursus tersebut di Negara Brunei Darussalam, para peserta dapat menimba ilmu pengetahuan dan praktikal yang relevan dan bermanfaat untuk diaplikasikan di dalam tugas harian masing-masing.