
LUMUT CAMP, Thursday 25 August 2022 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held a luncheon in conjunction with the RBLF Diamond Jubilee Anniversary with the District Officer, Head of Mukims, Head of Villages and Long Houses, private agencies and companies from the Belait District at Lumut Camp.
Present as the Guest of Honour was Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed, Acting District Officer of Belait District. Also present as a special guest during the event was Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Awang Haji Shari bin Ahmad, Former Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
Upon arrival, the guests were greeted by Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer of 3Bn RBLF and were welcomed with light refreshment at the Officer’s Mess before heading to the Pipe and Band Platoon’s Auditorium for an introductory brief by the Deputy Commanding Officer 3Bn RBLF. The entourage then continued their tour with a static display of 3Bn RBLF’s assets for Humanitarian Aid and Disaster Relief (HADR) operations and battalion assets before heading to Surau Ar-Rahmah for Zuhur prayer. The event proceeded with a group photo in front of the Officer’s Mess followed by a luncheon. Also present for the luncheon were Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander RBLF, Field Commander RBLF, Chief of Staff RBLF, and officers of 3Bn RBLF.
The annual activity is a platform to foster closer and stronger bonds between the stakeholders, whose close relations that have been established for a long time play a crucial role in maintaining the peace and security of the nation through sharing of knowledge, information and experience with each other.

BATALION KETIGA TDDB ADAKAN SEMANGAT MUHIBAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis 25 Ogos 2022 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Semangat Muhibah bersama Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Rumah Panjang serta Agensi-Agensi dan Syarikat-Syarikat di Daerah Belait sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Intan TDDB pada hari ini bertempat di Perkhemahan Lumut.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Belait. Tetamu khas yang turut hadir pada majilis tersebut adalah Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Shari bin Ahmad, mantan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Sejurus ketibaan, para jemputan disambut oleh Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB dan diteruskan dengan jamuan ringan di Mes Pegawai sebelum bergerak ke Dewan Auditorium Platun Serunai dan Tambur untuk taklimat pengenalan yang disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Rombongan meneruskan lawatan dengan pameran statik aset 3Bn TDDB bagi operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam dan seterusnya menuju ke Surau Ar-Rahmah untuk menunaikan solat Fardhu Zuhur. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai di hadapan Mes Pegawai dan menikmati jamuan makan tengahari bertempat di Mes Pegawai Perkhemahan Lumut. Turut hadir bagi jamuan tengahari tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, dan pegawa-pegawai 3Bn TDDB.
Acara ini diungkayahkan setiap tahun dan merupakan sebuah landasan untuk merapatkan hubungan erat dan silaturrahim diantara semua stakeholders yang mana hubungan erat yang telah terjalin sekian lama ini adalah berperanan besar dalam mempertahankan ketenteraman dan keamanan negara melalui perkongsian pengetahuan, maklumat dan pengalaman di antara satu dengan yang lain.