
BERAKAS GARISSON, Sunday, 10 July 2022 – Muslims throughout the country today welcomed Hari Raya Aidiladha 1443 Hijrah with mass Hari Raya Aidiladha Prayers held at mosques and suraus nationwide including suraus at all camps of the Royal Brunei Land Force (RBLF).
Present as the guest of honour for the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Yang Mulia Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and RBLF personnel.
The ceremony commenced with Hari Raya Takbir followed by Hari Raya Aidiladha Prayers and proceeded with sermons delivered by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun. The ceremony then concluded with Tasbih Kafarah and Closing Doa.
The celebration of Aidiladha is a day for all Muslims to glorify Asma Allah by Takbir, Tahmid and tasbih as well as upholding the Islamic Syiar by performing Ibadah Korban in order to get closer and blessings from Allah SWT.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TUNAIKAN SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILADHA 1443 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Ahad, 10 July 2022 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha 1443 Hijrah dengan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah di kesemua masjid dan surau di seluruh negara termasuk surau-surau di semua Perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Yang Mulia Kolonel Azman Bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota TDDB.
Acara dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya beramai-ramai diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidiladha dan penyampaian Khutbah yang disampaikan oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, ImamSurau Al-Faizun. Acara kemudian diakhiri dengan Tasbih Kafarah dan Doa Penutup.
Sambutan Aidiladha merupakan hari bagi seluruh umat Islam mengagungkan Asma Allah dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan Syiar Islam dengan melaksanakan ibadah korban bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.