MUARA, Tuesday, 31 May 2022 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, consented to attend the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 61st Anniversary Celebration, which was held at the Muara Naval Base. The celebrations commenced with the grand parade followed by the static displays which was both participated by RBLF.

Accompanying His Majesty were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik; and His Royal Highness 920 Major (U) Prince ‘Abdul Mateen. 

The arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam at the Royal Brunei Navy (RBN) Parade Square was received by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF; Acting Permanent Secretary, Ministry of Defence; RBAF Services Commanders and the Joint Force Commander. 

His Majesty proceeded to the Royal Dais to receive the Royal Salute followed by the inspection of the parade contingents, consisting of 1,049 RBAF personnel from the Royal Brunei Land Force; Royal Brunei Navy; Royal Brunei Air Force; Special Forces Regiment; and the Women Military Personnel, the parade was commanded by Commander Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, RBN. A total of 214 personnel from RBLF participated in the parade, including the Royal Regimental Colour Flag bearers from Second Battalion RBLF (2Bn RBLF) led by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Commanding Officers of 2Bn RBLF and Major Pengiran Abdul Hadi bin Pg Idris, Officers Commanding of Delta Company 2Bn RBLF. For the Women Military Personnel contingent, 15 RBLF women personnel were involved in the parade.

The grand parade then proceeded with the slow and fast march-past, carrying His Majesty’s and the RBAF’s regimental flags. His Majesty the Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam then consented to deliver his Titah for the Royal Brunei Armed Forces 61st Anniversary Celebration. The salutations of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” was then called out three times from the parade, and continued with the Royal Salute, Doa Selamat, and a fly-pass from RBAirF helicopters and a sail-pass by the RBN vessels.

His Majesty proceeded to the static display, located at the Naval Training Centre (NTC) where RBAF’s latest assets were presented by the respective units. RBLF had presented a mixture of newly procured assets where his majesty was introduced and given hands on to the new and upgraded equipment.

His Majesty then proceeded to the Warrant Officers Mess of the RBN Chief Petty Officer and Petty Officer for the Majlis Ramah Mesra with the RBAF’s Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) before continuing to the RBN’s Officer’s mess for a cake-cutting ceremony in conjunction of RBAF’s 61st Anniversary and a luncheon.

This year’s theme of ‘Together in Accomplishing the National Vision’ is the manifestation of the RBAF as an organization making headway, united in its loyalty to the Monarch and the Country, constantly embedding noble values to reach the country’s vision together. 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM ACARA SAMBUTAN ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE 61

MUARA, Selasa, 31 Mei 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksaksa Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61 di Pangkalan Muara, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Sambutan dimulakan dengan Upacara Perbarisan Raksasa diikuti dengan persembahan statik yang kedua-duanya telah disertai oleh TDDB.

Mengiringi keberangkatan Baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Padang Kawad TLDB dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, berserta Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan kemudian di junjung ke Dais Diraja bagi Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada 1,049 anggota ABDB dari Tentera Darat Diraja Brunei; Tentera Laut Diraja Brunei; Tentera Udara Diraja Brunei; Rejimen Pasukan Khas; dan Anggota Tentera Wanita, yang diperintah oleh Komander Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, RBN. Seramai 214 anggota TDDB telah menyertai perbarisan tersebut termasuk Kawalan Panji-panji daripadaBatalion Kedua TDDB (2Bn TDDB) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB dan Mejar Pengiran Abdul Hadi bin Pg Idris. Bagi Pasukan Askar Wanita, seramai 15 anggota wanita daripada TDDB menyertai perbarisan.

Upacara tersebut kemudian disusuli dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh Pasukan-pasukan Perbarisan dan Panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Panji-panji Pasukan ABDB. Baginda kemudian berkenan mengurniakan Titah Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke 61. Sembah “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” dilaungkan sebanyak tiga kali daripada perbarisan, dan diteruskan dengan Tabik Hormat Diraja, Doa Selamat, diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB dan layar lalu dari kapal-kapal TLDB.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan kemudian berkenan menyaksikan pameran statik, bertempat di Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL) di mana Baginda telah disembahkenalkan aset-aset ABDB yang terbaru dan dinaik taraf.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan seterusnya berangkat ke Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, TLDB bagi Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan ABDB sebelum meneruskan ke Mes Pegawai TLDB bagi Upacara Memotong Kek sempena Sambutan HUT ABDB Ke-61 dan Majlis Santap Tengahari. 

Tema Sambutan HUT ABDB tahun ini “Bersama Menjayakan Wawasan Negara” merupakan penghayatan ABDB sebagai sebuah organisasi yang maju dan bersatu padu setia kepada Raja dan negara; mengamalkan nilai-nilai mulia bagi bersama-sama menjayakan ke arah pencapaian wawasan negara