
BERAKAS GARRISON, Wednesday, 01 June 2022 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) received an introductory call this morning at the RBLF Headquarters from Colonel Stewart Taylor, the Non-Resident Canadian Defence Attaché accredited to Brunei Darussalam who is based in Jakarta, Indonesia.
During the call, Commander of RBLF welcomed and congratulated Colonel Stewart on his appointment as the Canadian Defence Attaché accredited to Brunei Darussalam since 08 July 2021. The Commander of RBLF extended his appreciation on the close and long-standing relations between Brunei Darussalam and Canada. The discussion from both sides also found that there are many notable similarities between the RBLF and the Canadian Army. Such similarities can be identified to serve as a defense diplomacy engagement between the two land forces such as courses, bilateral training and other interactions. Colonel Stewart will be in Brunei Darussalam from 29 May 2022 to 03 June 2022.


PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN KANADA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERAKAS GARISON, Rabu, 01 Jun 2022 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan pengenalan pada pagi ini bertempat di Markas TDDB daripada Kolonel Stewart Taylor, Atase Pertahanan Kanada di Jakarta, Indonesia yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah TDDB mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Kolonel Stewart atas pelantikannya sebagai Atase Pertahanan Kanada ke Negara Brunei Darussalam sejak 08 Julai 2021. Pemerintah TDDB juga merakamkan penghargaan atas hubungan pertahanan yang akrab dan kukuh di antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada. Perbincangan dari kedua belah pihak itu juga mendapati bahawa terdapat banyak persamaan yang ketara di antara TDDB dan Tentera Darat Kanada. Persamaan ini dapat dikenal pasti untuk dijadikan platform sebagai penghubung antara dua angkatan tentera seperti kursus, latihan dua hala dan interaksi yang lain. Kolonel Stewart akan berada di Negara Brunei Darussalam dari 29 Mei 2022 hingga 03 Jun 2022.