SUNGAI AKAR CAMP, Thursday, 28 April 2022 – Royal Guard Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) has organized a Khatam Al-Quran ceremony at Sungai Akar Camp Surau, followed by Iftar with officers and personnel of RGdR RBLF at RGdR Cookhouse, Sungai Akar Camp.
Present as the guest of honour was Major Norranellwi bin Siaran/Searan, Commanding Officer of RGdr RBLF. Also in attendance were officers and personnel from RGdr RBLF.
The event commenced with mass recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah and Surah Ad-Dhuha to Surah An-Nas. It continued with Takhtim, Doa Khatam and Dikir Marhaban. The event then proceeded to RGdr Cookhouse for iftar and concluded with Doa Selamat and a group photo session.
This event was arranged to enliven the holy month of Ramadhan by reaping the endless blessings of this holy month as well as to strengthen communal bonds among the RGdr RBLF personnel. This aims to instil the spirit and drive of reciting the blessed holy Al-Quran, especially during the glorified month of Ramadhan.


REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA
PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Khamis, 28 April 2022 – Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau Perkhemahan Sungai Akar, diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama Pegawai-Pegawai dan anggota RPD TDDB di Rumah Masak RPD TDDB, Perkhemahan Sungai Akar.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Mejar Norranellwi bin Siaran/Searan, Pegawai Pemerintah RPD TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai dan Anggota-Anggota RPD TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Takhtim, Doa Khatam dan Dikir Marhaban diikuti dengan menikmati juadah berbuka puasa di Rumah Masak RPD dan diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.
Majlis berkebajikan tersebut bertujuan bagi mengimarahkan bulan Ramadhan dalam meraih keberkatannya, di samping untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota RPD TDDB serta menyemai dan memacukan semangat untuk membaca kitab Al-Quran khususnya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.