BERAKAS GARRISON, Friday, 29 April 2022 – Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) in collaboration with First Battalion RBLF (1Bn RBLF) held an iftar and handing over of donations to orphans and children with special needs of both units. The event was held at the Warrant Officers, Staff Sergeant and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison. A total of 32 orphans and children with special needs received donations obtained from the RBLF Welfare Fund.

Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Commander of RBLF. Also present were Senior officers, officers and Senior Non-Commissioned officers from both units.

The event commenced with the recitation of Tahlil and Doa Arwah led by Captain Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini from Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. It continued with the presentation of the donations by the guest of honour and the Senior officers followed by Iftar and concluded with a closing doa.

This event was held as part of community service activities aimed to raise awareness and a sense of welfare concernment including care for orphans and special needs children of the RBLF. In addition, it is also intended to strengthen relationship bonds between RBLF personnel and the family of the orphans and special needs children. 

 

MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DAN BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK ISTIMEWA 

BERAKAS GARISON, Jumaat, 29 April 2022 – Markas Tentera Darat Diraja Brunei (Mrks TDDB) dengan gabungan Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa serta Penyampaian Sumbangan Derma Kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Istimewa bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison. Seramai 32 orang anak yatim dan anak-anak istimewa telah menerima sumbangan dari Tabung Kebajikan TDDB.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah TDDB. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan kedua-dua unit. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dikepalai oleh Kapten Muhammad Nasyrul Wafiy bin Mahdini daripada Jabatanarah Agama Angkata Bersenjata Diraja Brunei. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma oleh tetamu kehormat dan Pegawai-pegawai Kanan, diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.

Majlis berkebajikan ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan dalam meningkatkan sikap keprihatinan dan pemedulian warga TDDB terhadap anak-anak yatim dan anak-anak istimewa. Ia juga bertujuan untuk  mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga TDDB dan keluarga anak-anak yatim dan istimewa yang diraikan.