
PINTU MALIM, Friday, 22 April 2022 – In conjunction with the blessed month of Ramadhan, personnel from Echo Company, First Battalion Royal Brunei Land Force (E Coy, 1Bn RBLF) organised a cleaning campaign today as part of its Community Outreach Campaign at Kampong Pintu Malim Mosque.
A total of 10 personnel from E Coy, 1Bn RBLF led by Lieutenant Ampuan Muhammad Isa bin Ampuan Tahir were involved in this campaign. Also present during the campaign was the mosque committee member.
The campaign aims to inculcate teamwork and maintain cleanliness as encouraged in Islam. It also aims to further enhance spiritual development and strengthen bonds among RBLF personnel as well as to foster a desire to serve and contribute back to the community.

BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI MASJID KAMPONG PINTU MALIM
PINTU MALIM, Juma‘at, 22 April 2022 - Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah, anggota-anggota dari Kompeni E, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp E, 1Bn TDDB) telah mengadakan kempen kebersihan sebagai salah satu program khidmat masyarakat bertempat di Masjid Kampong Pintu Malim.
Seramai 10 anggota dari Komp E, 1Bn TDDB yang diketuai oleh Leftenan Ampuan Muhammad Isa bin Ampuan Tahir terlibat dalam kempen berkenaan yang mana turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa masjid tersebut.
Kempen membersihkan masjid bertujuan untuk menyemai serta menanam sikap bergotong-royong dan sikap suka menjaga kebersihan, yang sememangnya digalakkan dalam Islam. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga TDDB serta memupuk semangat untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.