KUALA BELAIT, Thursday, 21 April 2022 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) in collaboration with RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) has jointly organised Ihya Ramadhan and Outreach Programme today at Pekan Seria Mosque, Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp and Kampong Sungai Liang Mosque, Kuala Belait.

Present at the programme were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Commander of RBLF, Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence; Deputy Permanent Secretaries, Senior Officers and officers from the Ministry of Defence, RBAF and RBLF.

The programme started at Pekan Seria Mosque with mass Fardhu Asar Prayer, followed by a Tadarus Al-Qur’an. It continued with the recitation of Doa Peliharakan Sultan and the presentation of infaq (donations) inclusive of the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Qur’an to the Mosque Committee. 

Next, the programme proceeded to Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp for light Iftar before performing Fardhu Maghrib Prayer and dinner at Cookhouse of 3Bn RBLF. The programme then moved to Kampong Sungai Liang Mosque to perform Fardhu Isya’ Prayer, Sunat Tarawih and Witir Prayer and Tadarus Al-Qur’an by the congregation. The programme concluded with the handing over of donations, copies of the RBAF Diamond Jubilee Mushaf Al-Qur’an and a hearse to the Mosque Committee.

The religious programme serves to encourage religious activities and maximise good deeds to gain greater rewards, especially in this month of Ramadhan.  It also serves to further strengthen the bonds between the local residents and RBLF personnel. 



BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJURKAN PROGRAM KEAGAMAAN BAGI MENTERI PERTAHANAN KEDUA DI KUALA BELAIT

KUALA BELAIT, Khamis, 21 April 2022 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama dan Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan dan Jangkauan pada hari ini bertempat di Masjid Pekan Seria, Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut dan Masjid Kampong Sungai Liang, Kuala Belait.

Hadir pada program tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah TDDB, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap,  serta Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Program bermula di Masjid Pekan Seria dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah, diikuti dengan bacaan Tadarus Al-Qur’an, Doa Peliharakan Sultan serta penyampaian infaq termasuk Mushaf Al-Qur’an Jubli Intan ABDB kepada Jawatankuasa Takmir Masjid.

Seterusnya, program dilaksanakan di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut bagi menikmati jamuan ringan berbuka puasa sebelum menunaikan solat Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan makan malam di Rumah Masak 3Bn TDDB. Program dilanjutkan dengan Solat Fardhu Isya’ berjemaah, Solat Sunat Tarawih dan Witir serta Tadarus Al-Qur’an di Masjid Kampong Sungai Liang. Program berkebajikan tersebut diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada Kementerian Pertahanan dan ABDB yang berupa derma, Mushaf Al-Qur’an ABDB dan kenderaan jenazah kepada Jawatankuasa Takmir Masjid.

Majlis keugamaan ini bertujuan untuk meningkatkan amalan dan ketakwaan demi meraih keberkatan terutama di bulan suci Ramadhan. Ia juga berperanan dalam mengukuhkan lagi ukhuwah silaturahim di antara anggota TDDB bersama penduduk kampong setempat.