BERAKAS GARRISON, Wednesday, 20 April 2022 – The Medical and Health Services along with Dental Services, Royal Brunei Land Force (RBLF) held an Iftar event and handing over of donations to children with special needs at the Warrant Officers, Staff Sergeant and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison. A total of 15 orphans and children with special needs of the units were invited for the event.

Present at the event was Colonel (Doctor) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awg Mohd Hassan, Chief Medical Officer and Colonel (Doctor) Jefri bin Haji Abd Razak, Chief Dental Officer. Also in attendance were Medical Officers and Dental Officers along with senior non-commissioned officers from both services. The event commenced with a recitation of Tahlil and Doa Arwah followed by the presentation of the donations. The ceremony then proceeded with Iftar and ended with a mass Maghrib prayer. 

This event was held as part of community service activities aimed to raise a sense of concernment and care towards orphans and special needs children of the RBLF.  In addition, this event also intended to strengthen relationship among RBLF personnel and the family of the orphans and special needs children. Through such activities, RBLF will always be committed and compassionate in looking after the welfare of orphans and children with special needs.

KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN DAN KHIDMAT PERGIGIAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK ISTIMEWA

BERAKAS GARISON, Rabu, 20 April 2022 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Khidmat Pergigian TDDB telah mengadakan Majlis Bersungkai dan penyampaian sumbangan derma kepada 15 orang Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Istimewa dari dua unit berkenaan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan, Berakas Garison.

Hadir semasa majlis tersebut ialah Kolonel (Doktor) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awg Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perubatan dan Kolonel (Doktor) Jefri bin Haji Abd Razak, Ketua Pegawai Pergigian. Turut hadir di majlis berkebajikan ini ialah Pegawai-pegawai Perubatan dan Pergigian serta Pegawai Tidak Bertauliah Kanan dari kedua-dua perkhidmatan. Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dan diikuti dengan acara penyampaian sumbangan derma. Majlis kemudian diteruskan dengan berbuka puasa dan diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah. 

Usaha ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan dalam meningkatkan sikap keprihatinan dan pemedulian warga TDDB terhadap anak-anak yatim dan anak-anak istimewa. Ia juga bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anggota TDDB dan keluarga anak-anak yatim serta anak-anak istimewa yang diraikan. Melalui aktiviti seumpama ini, TDDB akan sentiasa komited dan mengamalkan sikap pemedulian dalam memelihara dan menjaga kebajikan anak-anak yatim dan anak-anak istimewa TDDB.