SUNGAI AKAR CAMP, Monday, 18 April 2022 – Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) has organised the Ramadhan Iftar and the handing over of donations to children with special needs of RGdR RBLF. The event was held at RGdR Cookhouse, Sungai Akar Camp. A total of three children with special needs of RGdR RBLF personnel were invited for the event.

Present as the guest of honour was Major Norranellwi bin Siaran/Searan, Comanding Officer of RGdR RBLF. Also present were officers and personnel from RGdR RBLF as well as families of the celebrated children with special needs. The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Private Muhammad Hasnawi bin Maysufrizal from Panglima Company RGdR RBLF and continued with the presentation of the donation by the guest of honour followed by Iftar.

This event serves to be part of community service activities to nurture a culture of giving and generosity amongst the RBLF personnel especially for the children with special needs in the month of Ramadhan.

REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK ISTIMEWA

PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Isnin, 18 April 2022 – Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa serta Penyampaian Sumbangan Derma kepada anak-anak istimewa khusus bagi warga anggota yang berkhidmat di dalam unit RPD TDDB. Majlis tersebut telah diadakan di Rumah Masak RPD TDDB dan diserikan lagi dengan kehadiran seramai tiga orang anak-anak istimewa anggota RPD TDDB.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar Norranellwi bin Siaran/Searan, Pegawai Pemerintah RPD TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota RPD TDDB serta ahli keluarga anak-anak istimewa yang diraikan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Soldadu Muhammad Hasnawi bin Maysufrizal daripada Kompeni Panglima RPD TDDB dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat diikuti dengan majlis bersungkai.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat dan meningkatkan amal ibadah serta mencerminkan sikap keprihatinan dan budaya bersedekah di kalangan warga TDDB terutama kepada anak-anak istimewa sempena bulan Ramadhan.