BRUNEI MUARA, Monday, 18 April 2022 – In conjunction with the holy month of Ramadhan 1443H, Royal Brunei Land Force (RBLF) today conducted cemetery visits and cleaning campaigns for deceased RBLF Officers and personnel at various Muslim cemeteries in Brunei Muara areas concurrently.

Present for the visit at Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Muslim Cemetery was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Chief of Staff RBLF. Also present were Senior officers, officers and other RBLF personnel as well as the family of the deceased.

The visit commenced with the recitation of the Surah Yasin, Tahlil followed by Doa Arwah. The visit then proceeded with the cleaning campaign and concluded with the pouring of air asah-asahan over the grave of the deceased. 

Similar visits and cleaning campaigns were also organised by respective RBLF units at different cemetery grounds. Present at the visit held at Kampong Kilanas Muslim Cemetery was Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Commanding Officer of Support Battalion RBLF, whereas Lieutenant Colonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Commandant of Combat Service Support RBLF was present at Maulana Residency Islamic Cemetery, Bandar Seri Begawan. Meanwhile, Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Commanding Officer of First Battalion RBLF and Major Norranellwi bin Siaran/Searan, Commanding Officer of Royal Guards Regiment were both presents for the visit at Kampong Pulaie Islamic Cemetery and Kianggeh Muslim Cemetery. Also present at all visits and cleaning campaigns were officers and personnel from respective units as well as the family of the deceased.

The cemetery visits and cleaning campaigns are part of charitable activities conducted by RBLF during the holy month of Ramadhan. It also serves to enhance the spiritual development and cooperation amongst RBLF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN, TAHLIL DAN DOA ARWAH

BRUNEI MUARA, Isnin, 18 April 2022 – Bersempena dengan bulan suci Ramadhan 1443, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini telah menziarahi dan mengadakan kempen kebersihan secara serentak di tanah perkuburan Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB yang telah kembali ke Rahmatullah di beberapa tanah perkuburan Islam Daerah Brunei dan Muara.

Hadir bagi acara berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Jame’ Asr Hassanil Bolkiah ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Ketua Staf TDDB. Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB serta ahli keluarga anggota yang telah kembali ke Rahmatullah turut hadir pada ziarah tersebut.. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil diikuti dengan Doa Arwah. Majlis kemudian diteruskan dengan membersihkan tanah perkuburan dan diakhiri dengan menyiram air asah-asahan.

TDDB juga melaksanakan ziarah dan kempen yang sama secara serentak di beberapa tanah perkuburanlain. Hadir bagi ziarah dan kempen yang diadakan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Kilanas ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu TDDB, manakala Leftenan Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB telah hadir bagi ziarah di Tanah Perkuburan Islam Maulana Residency, Bandar Seri Begawan. Sementara itu, Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama TDDB dan Mejar Norranellwi bin Siaran/Searan, Pegawai Pemerintah Rejimen Pengawal Diraja juga hadir bagi ziarah di Tanah Perkuburan Islam Kampong Pulaie dan di Tanah Perkuburan Islam Kianggeh. Kesemua ziarah dan kempen yang diungkayahkan turut sama dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB serta ahli keluarga anggota yang telah kembali ke Rahmatullah. 

Usaha berkebajikan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal yang dikendalikan oleh TDDB sempena memperingati bulan suci Ramadhan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota di samping memupuk semangat untuk berbakti dan memperkukuhkan jalinan ukhwah bersama masyarakat.