TUTONG, Thursday, 14 April 2022 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held an Iftar with Former Commanding Officer (CO) and Regiment Sergeant Major (RSM) that took place at Ar-Rizqi Cookhouse, Tutong Camp. A total of 11 former COs and 12 former RSMs were present as invited guests for the event. 

Present among the invited guest was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Yang Berhormat Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports and Yang Mulia Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.

The event commenced with a group photo followed by the recitation of Surah Yasin and Tahlil at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp led by Corporal Md Hafiy bin Ariffin from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT). The event continued with light refreshments for Iftar and mass Fardhu Maghrib prayers.

The event then proceeded to Ar-Rizqi Cookhouse for a dinner with Officers and personnel of 2Bn RBLF and continued with the presentation of souvenirs by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, the Commanding Officer 2Bn RBLF. The event was then concluded with the Fardhu Isya’ prayer, Terawih and Witir prayer and Tadarus Al-Quran.

This event is an annual activity for 2Bn RBLF which is usually carried out during the month of Ramadhan. It was held in accordance with the guidelines and SOP COVID-19 set by the Ministry of Health. It aims to appreciate and commemorate the services rendered by the former COs and RSMs as well as to strengthen the bond with the personnel of 2Bn RBLF.

 

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN

TUTONG, Khamis, 14 April 2022 - Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Mantan-Mantan Pegawai Pemerintah (Peg Pem) dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bertempat di Rumah Masak, 2Bn TDDB. Seramai 11 mantan-mantan Peg Pem dan 12 mantan-mantan SMR hadir selaku jemputan-jemputan khas bagi majlis tersebut.

Di antara jemputan khas yang hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Majlis tersebut dimulakan dengan bergambar ramai dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dikepalai oleh  Koperal Md Hafiy bin Ariffin daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan menikmati juadah sungkai ringan dan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. 

Majlis kemudian bergerak ke Rumah Masak Dewan Ar-Rizqi bagi jamuan makan malam bersama mantan-mantan yang hadir dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota 2Bn TDDB. Majlis tersebut disambung dengan penyampaian cenderahati oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Acara seterusnya di akhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Sunat Terawih dan Witir serta Tadarus Al-Quran.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan 2Bn TDDB yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan Ramadan. Acara pada tahun ini dikendalikan selaras dengan garispandu COVID-19 yang telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Antara objektif majlis ini dilaksanakan adalah sebagai penghargaan dan memperingati jasa bakti bagi mantan-mantan Peg Pem dan SMR yang terdahulu selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama dengan anggota 2Bn TDDB.