
BRUNEI, Friday, 25 March 2022 - In conjunction with the anniversary of Land Engineering Combat Service Support Royal Brunei Land Force (LE CSS RBLF) for the year 2022, LE CSS RBLF held cleaning campaigns and recitation of Tahlil at Seri Pimping Muslim Cemetery, Muara and Telisai Muslim Cemetery,Tutong.
For the campaign held at Seri Pimping Muslim Cemetery, the campaign was carried out by the personnel from Bolkiah Workshop LE CSS RBLF. Meanwhile, for the campaign held at Telisai Muslim Cemetery, the campaign was carried out by the personnel from Penanjong Workshop LE CSS RBLF. Both events commenced with the cleaning campaign followed by recitation of Yaasin and Tahlil.
The cleaning campaign is one of the annual activities that aim to enhance the spiritual development and cooperation amongst LE CSS RBLF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.

KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN DAN BACAAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KEJURUTERAAN DARAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2022
BRUNEI, Jumaat, 25 Mac 2022 - Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) bagi Tahun 2022, Kejuruteraan Darat KBK TDDB telah mengadakan kempen kebersihan dan bacaan Tahlil bertempat di Tanah Perkuburan Islam Seri Pimping, Muara dan Tanah Perkuburan Islam Telisai, Tutong.
Bagi kempen yang dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Seri Pimping Muara, kempen tersebut telah dikelolakan oleh anggota-anggota dari Bolkiah Woksyop Kejuruteraan Darat KBK TDDB. Manakala, bagi kempen yang dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Telisai Tutong, kempen dikelolakan oleh anggota-anggota dari Penanjong Woksyop Kejuruteraan Darat KBK TDDB. Acara dimulakan dengan kempen kebersihan diikuti dengan bacaan Yaasin dan Tahlil.
Aktiviti ini merupakan salah satu kegiatan tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota-anggota Kejuruteraan Darat KBK TDDB serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat.