BERAKAS GARRISON, Friday, 25 March 2022 – A Khatam Al-Quran Ceremony in conjunction with the 38thNational Day of Brunei Darussalam was held today at suraus at Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps including suraus at all Royal Brunei Land Force (RBLF) camps.

Present at the event which was held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garisson was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Also in attendance during the event were Senior officers, officers and personnel of RBLF.

The event commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah followed by the recitation of Bacaan Khatam, Surah Ad-Dhuha until Surah Al-Masad. The ceremony proceeded with Dikir Marhabanfollowed by mass Sunnat Dhuha prayers. The ceremony concluded with the reading of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam followed by the recitation of Surau Al-Asr’, Tasbih Kaffarah and Doa Untuk Kedua Ibu Bapa.

The ceremony serves to promote the reading of Al-Quran amongst RBAF officers and personnel and to insert spiritual elements to tasks to be undertaken and implemented with great responsibility as well as to seek the pleasure and blessings from Allah Subhannahu Wa Ta’ala.

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 38

BERAKAS GARISON, Jumaat, 25 Mac 2022 – Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 38 telah diadakan pada hari ini bertempat di semua surau-surau perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk surau-surau di perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir bagi menyertai majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Bacaan Khatam, Surah Ad-Dhuha sehingga Surah Al-Masad. Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban diikuti dengan Solat Sunat Dhuha berjemaah. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam diikuti dengan bacaan Surau Al-Asr’, Tasbih Kaffarah dan Doa Untuk Kedua Ibu Bapa.

Majlis tersebut bertujuan untuk memberi galakan kepada Pegawai-pegawai dan anggota ABDB agar mengamalkan untuk membaca Al-Quran serta menyuntik unsur-unsur kerohanian kepada semua pegawai dan anggota agar tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah Subhannahu Wa Taala.