
BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 23 February 2022 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 38th National Day with other members of the Royal Family today at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. A total of about 4270 people took part in the parade including officers and personnel from Royal Brunei Land Force.
The celebration began with the national anthem, following which His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam inspected the Guard of Honour mounted by 472 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), and the ceremonial bands from RBAF and RBPF. A total of 158 personnel from RBLF participated in the parade, including the Royal Regimental Colours Flag bearers from Third Battalion RBLF led by Lieutenant Colonel Azhar bin Haji Matzan, Deputy Commandant of Combat Service Support, RBLF as Parade Commander.
Meanwhile, in the march-past event, a total of about 3,800 personnel joined the event comprising of National Security Forces, Bestari Communities, personnel from the Public and Private Sectors, Educational Sectors and other organisations. This included 38 RBLF personnel who participated in the march-past led by Major Mohammad Raihan bin Haji Borhanuddin. Overall, a total of 198 RBLF personnel took part in this year’s national day celebration which carries the theme ‘Menjayakan Wawasan Negara‘.



TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 38
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Februari 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-38 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. Kira-kira seramai 4270 peserta telah mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut termasuk Pegawai-pegawai dan anggota-anggota daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan dan diikuti dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan memeriksa Perbarisan Kehormatan yang terdiri daripada 472 anggota daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PPDB. Seramai 158anggota TDDB juga hadir menyertai perbarisan tersebut termasuk Kawalan Panji-panji daripada Batalion Ketiga TDDB diketuai oleh Leftenan Kolonel Azhar bin Haji Matzan, Timbalan Komandan Khidmat Bantuan Kombat, TDDB selaku Ketua Perbarisan.
Manakala bagi acara perbarisan jalan-lalu, seramai 3,800 anggota menyertai acara tersebut yang terdiri daripada kumpulan Pasukan Keamanan Negara, Masyarakat Bestari, Kakitangan daripada Sektor Awam dan Swasta, Sektor Pendidikan dan organisasi lain. Turut serta dalam kumpulan tersebut ialah 38 anggota TDDB yang diketuai oleh Mejar Mohammad Raihan bin Haji Borhanuddin. Secara keseluruhan, seramai 148 anggota TDDB telah mengambil bahagian dalam acara Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan pada tahun inidengan bertemakan ‘Menjayakan Wawasan Negara’.