
BERAKAS GARRISON, Wednesday, 16 February 2022 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Thanksgiving Ceremony to mark the 48th birthday of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at Prime Minister’s Office today at all suraus within RBLF camps. The ceremony was conducted in accordance with the Ministry of Health’s COVID-19 pandemic guidelines.
Present at the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Chief of Staff RBLF. Also present were Senior officers, officers and personnel of RBLF. Similar ceremonies were also held simultaneously at RBLF camps attended by respective officers and personnel.
The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Ma’idah verses 8 to 11 read by Private Abdul Hadi bin Abdul Halim followed by mass Maghrib prayers, Sunat Hajat prayers and the recital of Surah Yaasin. The event concluded with Doa Kesyukuran for His Royal Highness and mass Isya’ prayers.



MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE 48
BERAKAS GARISON, Rabu, 16 Februari 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia yang ke 48 bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada hari ini bertempat di semua surau Perkhemahan TDDB. Majlis tersebut telah dilaksanakan mengikut garis panduan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Hadir selaku bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Ketua Staf TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di perkhemahan-perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota di setiap perkhemahan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Ma’idah ayat 8 hingga 11 yang dibacakan oleh Soldadu Abdul Hadi bin Abdul Halim, diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin. Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Kesukuran bagi Duli Yang Teramat Mulia dan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.