BOLKIAH GARRISON, Thursday, 06 January 2022 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) paid a working visit to Medical and Health Services RBLF prior to Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Commander’s Inspection at Bolkiah Garrison. Also present were Senior Officers from RBLF Headquarters and Land Force Sergeant Major.

Upon arrival, the Commander of RBLF and his delegation were welcomed by Colonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Chief Medical Officer at Medical and Health Services Headquarters. The visit commenced with a briefing on the unit’s current performances and mitigations made for improvements by Major Haji Md Hisham bin Abdullah, Administrative Officer of Medical and Health Services RBLF, followed by a visit to Bolkiah Garrison Medical Complex infrastructures and facilities.

The Commander of RBLF also delivered a Leadership Talk to Officers and Senior Non-Commissioned Officers of Medical and Health Services RBLF where he expressed his gratitude and heartiest congratulations for their contributions especially during the COVID-19 pandemic. He also appreciated the sacrifices that have been made by all the frontliners in prioritising the health of RBAF personnel and reminded the importance to maintain professionalism and integrity at all times. He further encouraged all to keep improving their competencies which will contribute to the development of the organisation.  

The visit concluded with the signing of parchment and a group photo session.

LAWATAN KERJA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI PERSIAPAN PEMERIKSAAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

BOLKIAH GARISON, Khamis, 06 Januari 2022 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat lawatan kerja ke Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB bagi persiapan pemeriksaan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Bolkiah Garison. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan Markas TDDB dan Sarjan Mejar TDDB.

Sejurus ketibaan, Pemerintah TDDB dan rombongan telah disambut oleh Kolonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perubatan di Markas Khidmat Perubatan & Kesihatan. Lawatan bermula dengan taklimat mengenai prestasi unit berkenaan dan mitigasi yang telah dilaksanakan untuk memperbaikinya yang disampaikan oleh Mejar Haji Md Hisham bin Abdullah, Pegawai Pentadbir Perubatan. Lawatan diteruskan dengan melawat bangunan-bangunan dan kemudahan yang terdapat di Kompleks Perubatan Bolkiah Garison.

Pemerintah TDDB juga menyampaikan Taklimat Kepimpinan kepada Pegawai-pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB yang mana beliau merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan tahniah di atas sumbangan yang diberikan terutama sekali dalam masa pandemik COVID-19 yang masih berterusan. Beliau turut menghargai setiap pengorbanan barisan hadapan yang mengutamakan tahap kesihatan seluruh anggota ABDB dan menekankan untuk tetap profesional dan mengamalkan integriti pada setiap masa. Selain itu, anggota juga disarankan untuk terus mempertingkatkan keupayaan masing-masing yang mampu menyumbang ke arah pembangunan organisasi.

Lawatan diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai.