
KAMPONG SUNGAI MAU, Friday, 12 November 2021 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) has continued to provide assistance in heavily flooded areas such as Bukit Puan, Bukit Sawat as well as Kampong Kagu in Belait District.
Such relief efforts included providing transportation to the local community who remain stranded in the area. Among the residents who were provided assistance were elderly citizens who lived in the flood-affected area in Bukit Sawat. Their evacuations were successfully carried out and the elderly citizens have been transferred to safer places.
Other agencies who were also involved in the relief efforts were Royal Brunei Police Force (RBPF), Fire and Rescue Department (BFRD), National Disaster Management Centre (NDMC) and Emergency Medical Ambulance Services (EMAS).
Such operations reflect RBLF’s continued commitment in supporting the National Disaster Management Centre (NDMC) in dealing with natural disasters as well as strengthening relations between RBLF and public agencies and the community.



BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA WARGA EMAS YANG TERJEJAS DENGAN BENCANA ALAM
KAMPONG SUNGAI MAU, Jumaat, 12 November 2021 - Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) terus memberikan bantuan bencana alam di kawasan yang teruk terjejas oleh banjir iaitu di kawasan Bukit Puan, Bukit Sawat dan Kampong Kagu di Daerah Belait.
Antara bantuan tersebut termasuk menyediakan bantuan pengangkutan kepada penduduk yang terjejas di kawasan itu. Antara penduduk yang telah berikan bantuan ialah warga emas yang tinggal di kawasan terjejas banjir di Kampong Bukit Sawat. Pemindahan mereka berjaya dilaksanakan dan warga emas tersebut telah pun dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Agensi-agensi yang turut terlibat dalam bekerjasama memberikan bantuan ialah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan Emergency Medical Ambulance Services (EMAS).
Operasi ini mencerminkan komitmen TDDB yang berterusan dalam menyokong Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dalam menangani bencana alam serta mengeratkan lagi hubungan baik di antara pihak TDDB dengan agensi-agensi awam dan masyarakat.