MUKIM BUKIT SAWAT, Thursday, 11 November 2021 – Third Battalion of the Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) have assisted in natural disaster relief efforts in Belait District. Heavy rain has caused flooding in lowland areas, leaving several residential areas and main roads inaccessible particularly in the areas of Kampong Sungai Mau.
3Bn RBLF relief efforts include manpower assistance and shuttle transportation assistance such as 4 tonner and Damien boats as ferry services for the affected residents for their daily routine. The Incident Command Post (ICP) was also activated at the Kampong Sungai Mau Multi-purpose Hall which involved several government agencies including the Belait District Department, Royal Brunei Police Force, Belait District Fire and Rescue Operations Branch ‘B’ as well as Emergency Medical Ambulance Services Brunei Darussalam (EMAS).

As Brunei Darussalam is currently experiencing adverse weather conditions, RBLF will continue to work with the District Disaster Management Centre (DDMC) and other agencies in providing assistance to the affected residents.

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM DI DAERAH BELAIT

MUKIM BUKIT SAWAT, Khamis, 11 November 2021 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Daerah Belait. Hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan kediaman dan menjejaskan sebahagian jalan raya yang menjadi laluan utama, terutamanya di persekitaran Kampong Sungai Mau.

Bantuan yang diungkayahkan oleh 3Bn TDDB adalah berbentuk bantuan tenaga manusia dan juga kemudahan pengangkutan seperti 4 Tonner  dan Bot Damien sebagai  perkhidmatan Feri bagi keperluan harian penduduk kampung yang terjejas. Pusat Perintah Insiden atau ‘Incident Command Post’ (ICP) juga telah diaktifkan di Dewan Serbaguna Kampong Sungai Mau yang melibatkan beberapa buah agensi kerajaan termasuk Jabatan Daerah Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei, Cawangan Operasi ‘B’ Bomba dan Penyelamat Daerah Belait,  Emergency Medical Ambulance Services Brunei Darussalam (EMAS).

Pada masa ini Negara Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan cuaca buruk. Oleh itu, TDDB akan terus berkerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong (DDMC) dan agensi-agensi lain dalam memberikan bantuan kepada orang awam yang terjejas.