BERAKAS GARRISON, Wednesday, 03 November 2021 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Joint Force Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) witnessed a Signal Intelligence demonstration held at the ETR Shooting Range, Berakas Garrison. Also present during the demonstration were Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) and Senior Officers from both RBAF and RBLF.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a welcoming speech and introductory brief from Lieutenant Colonel Haji Mohammad Errahiman bin Haji Tahir, Staff Officer Grade 1, Directorate of Force Capability Development. The event concluded with a demonstration of how the Signal Intelligence assets work.
The purpose of the demonstration was to showcase and understand the function and capabilities of the new signal assets. In addition, the demonstration served as emerging capabilities towards developing Signal Intelligence Unit.
PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYAKSIKAN DEMONSTRASI PERISIKAN SEMBOYAN
BERAKAS GARISON, Rabu, 03 November 2021 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) telah menyaksikan demonstrasi Perisikan Semboyan bertempat di Padang Tembak ETR, Berakas Garison. Turut hadir untuk menyaksikan demonstrasi tersebut ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Pegawai-Pegawai Kanan ABDB dan TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan serta taklimat pengenalan yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Errahiman bin Haji Tahir, Pegawai Turus Jabatanarah Perkembangan Keupayaan Tentera, ABDB. Acara di akhiri dengan demonstrasi tentang penggunaan peralatan Perisikan Semboyan.
Tujuan demonstrasi ini diadakan adalah untuk mempamerkan dan memahami fungsi serta keupayaan aset-aset perisikan semboyan. Di samping itu, demonstrasi tersebut juga berfungsi sebagai keupayaan baru ke arah membangunkan Unit Perisikan Semboyan.