BERAKAS GARRISON, Thursday, 30 September 2021 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan,  Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) convened a virtual courtesy call with Lieutenant General Richard Burr, the Chief of Army, Australian Army today at RBLF Headquarters.

During the call, both sides affirmed the longstanding defence relations between the two countries that have been continuously nurtured through engagements in various areas of cooperation including bilateral exercises, interactions and courses offered to both armies’ personnel despite the limitations brought forth by the COVID-19 pandemic. 

Among the topics that were discussed during the call was the recent exercise Indo-Pacific Endeavor 2021 (IPE21) which saw both countries mutually benefiting through the exchange of expertise and bilateral dialogues. Also discussed was the importance of maintaining tactics, techniques and procedures in both jungle and urban operations especially during the pandemic season.

The Commander of RBLF expressed his appreciation to the Australian Government for their contributions to Brunei Darussalam’s COVID-19 response notably on the donations of medical and laboratory equipment. Both sides also shared the roles of their respective armies as well as the best practices to curb the spread of COVID-19. 

The virtual call concluded with both sides looking forward to any opportunity for cooperation between RBLF and the Australian Army.

PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT SECARA ATAS TALIAN BERSAMA PANGLIMA TENTERA DARAT AUSTRALIA

BERAKAS GARISON, Khamis, 30 September 2021 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan kunjungan hormat secara atas talian bersama Leftenan Jeneral Richard Burr, Panglima Tentera Darat Australia bertempat di Markas TDDB. 

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi mengenai hubungan pertahanan kukuh yang telah sekian lama terjalin dan sememangnya akan terus dipupuk melalui penglibatan dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk eksesais dua hala, interaksi persahabatan serta kursus yang ditawarkan untuk anggota kedua-dua tentera walaupun terdapat cabaran hasil penularan COVID-19.

Antara topik-topik yang dibincangkan semasa kunjungan hormat tersebut ialah mengenai eksesais yang telah baru dijalankan iaitu The Indo-Pacific Endevour 2021 (IPE21) yang membina keyakinan antara ke-dua-dua buah negara melalui pertukaran kepakaran dan dialog dua hala. Turut dibincangkan adalah kepentingan menjaga taktik, teknik dan prosedur dalam operasi hutan dan bandar terutama pada musim pandemik ini.

Pemerintah TDDB juga meluahkan rasa penghargaan kepada Kerajaan Australia di atas sumbangan peralatan perubatan dan makmal kepada Negara Brunei Darussalam. Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga membincangkan peranan dan tugas tentera darat masing-masing dan mengongsikan pengetahuan dan amalan terbaik untuk menangani penularan wabak COVID-19. 

Kunjungan hormat di akhiri dengan kedua-dua pihak mengalu-alukan apa jua peluang kerjasama yang mengeratkan lagi hubungan antara TDDB dan Tentera Darat Australia.