Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

LATMA KERIS SATRIA EXERCISE 15/2024 CLOSING CEREMONY

TUTONG CAMP, Monday, April 29, 2024 – The Exercise LATMA KERIS SATRIA 15/2024 concluded today at the Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF), Tutong Camp. Commencing on 22 April 2024, this bilateral exercise featured the collaborative efforts of one platoon from 2Bn RBLF and one platoon from the 515th Infantry Raider Battalion/Ugra Tapa Yudha of the Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Darat (Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD). 

Present as guest of honours at the ceremony were Brigadier General Primadi Saeful Sulun, Chief of Staff of the 2nd Infantry Division/KOSTRAD, and Lieutenant Colonel Erawan bin Haji Abu Bakar, Chief of Staff of the RBLF Field Headquarters. 

The ceremony began with a parade inspection followed by a closing remark from both sides before concluding with a Closing Doa, a group photo session, and exchange of souvenirs. 

In his speech, Lieutenant Colonel Erawan bin Haji Abu Bakar, Chief of Staff of the RBLF Field Headquarters, higlighted that this exercise was a milestone for both armies to share knowledge and skills, especially in tactics, techniques, and procedures in jungle warfare throughout the exercise. Brigadier General Primadi Saeful Sulun, in his speech, conveyed his utmost gratitude to the RBLF for successfully hosting the exercise and hopes for continued success and improvement for such bilateral exercises in the future between the two armies. 

Apart from the actual exercises conducted, the officers and personnel from Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD also had the opportunity to visit several remarkable places in Brunei Darussalam including the Jame' Asr Hassanil Bolkiah Mosque, Kampong Ayer, Royal Regalia Building, and the Brunei History Centre. 

The main objectives of the exercise were to provide tactical training, regional knowledge sharing and also to foster friendship while exposing minds to innovation and creativity for both land forces in terms of Tactics, Techniques, and Procedures (TTP). The Exercise experience also helped deepens interoperability and effectiveness between both land forces in conducting operations. 

UPACARA PENUTUP EKSESAIS LATMA KERIS SATRIA SIRI 15/2024 

PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 29 April 2024 – Eksesais LATMA KERIS SATRIA 15/2024 telah selesai dilaksanakan pada hari ini bertempat di Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB), Perkhemahan Tutong. Eksesais tersebut telah berlangsung dari 22 sehingga 29 April 2024 itu telah melibatkan satu platun dari 2Bn TDDB dan satu platun dari Batalyon Infanteri Raider 515/Ugra Tapa Yudha Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Darat (Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD). 

Hadir selaku tetamu kehormat bersama bagi upacara tersebut ialah Yang Terhormat Brigedier Jeneral Primadi Saeful Sulun, Kepala Staf Divisi Infanteri 2/KOSTRAD dan Leftenan Kolonel Erawan bin Haji Abu Bakar, Ketua Staf Markas Medan TDDB. 

Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan diteruskan dengan ucapan penutup daripada kedua pihak sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, sesi bergambar ramai dan pertukaran cenderahati. 

Dalam ucapan Ketua Staf Markas Medan TDDB, beliau telah menyatakan bahawa eksesais ini adalah salah satu landasan kepada kedua-dua belah pihak tentera darat bagi berkongsi pengetahuan dan kemahiran, terutama sekali dalam taktik, teknik dan prosedur dalam peperangan hutan di sepanjang eksesais dijalankan. Yang Terhormat Kepala Staf Divisi Infanteri 2/KOSTRAD dalam ucapan beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap pihak TDDB kerana telah berjaya menghoskan eksesais tersebut sebagai tuan rumah dan mendoakan agar terus maju jaya serta beroleh peningkatan berterusan bagi eksesais dua hala di antara kedua-dua tentera pada masa yang akan datang. 

Selain eksesais yang dijalankan, pegawai dan anggota dari Yonif 515/UTY/9/2 KOSTRAD juga berkesempatan untuk melawat ke tempat-tempat di Negara Brunei Darussalam seperti lawatan ke Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Ayer, Bangunan Alat-Alat kebesaran Diraja dan Pusat Sejarah Brunei. 

Objektif utama eksesais dua hala ini bukan sahaja menumpukan latihan di peringkat taktikal dan perkongsian ilmu pengalaman serantau, malahan ianya juga dapat membina persahabatan yang erat sambil membuka minda dan kreativiti kedua-dua tentera darat termasuk dari segi Taktik, Teknik, dan Prosedur (TTP). Dengan pendedahan eksesais ini juga menyumbang kepada kebolehan dan keberkesanan diantara kedua belah pihak khususnya tentera darat dalam perlaksanaan operasi.