Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Test

Majlis Penutup Program Syababul Watan 2012

Oleh Kpt Ariffin Amit

3PENANJONG, Jumaat 07 Disember 2012 - Program Syababul Wathan 2012 Anjuran Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan Kerjasama Pusat Kaunseling ABDB, berakhir pada hari ini dengan penyampaian sijil-sijil kepada 81 peserta yang mengikutnyai. Program berkenaan yang berlangsung selama 5 hari bermula pada Hari Isnin, 03 Disember 2012 yang lalu berakhir dengan Majlis penutupnya oleh  Lt. Kol Ismaon bin Haji Mohd Zainie, Pemangku Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis penutup Program berkenaan dimulakan dengan bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran oleh wakil peserta, Persembahan Nasyid dari semua peserta yang mengikut Program tersebut, ucapan Muqadimmah oleh Pegawai Penyelaras Program, Salam Ukhuwah oleh tetamu kehormat yang seterusnya berkesudian menyampaikan sijil dan cenderhati kepada peserta-peserta lelaki.

Dalam ucapannya, Tetamu Kehormat antara lain menyarankan agar Jabatan Agama ABDB (JAMAAT) dan Pusat Kaunseling ABDB, untuk terus berusaha dalam mewujudkan pergaulan yang sehat serta memupuk rasa persaudaraan di kalangan anak-anak tentera serta menjalin rasa kasih sayang antara mereka dan ibu bapa serta penjaga selaku Warga ABDB dengan mengadakan beberapa bentuk program yang menjurus kepada pembentukan akhlak mulia dan mencintai keluarga. Beliau turut berharap agar para peserta yang mengikuti program Syababul Wathan pada kali ini dapat mengambil segala manfaat berguna daripadanya dan mempraktikkan nya dalam kehidupan sehari-hari.

Program Syababul Wathan yang dikhususkan penyertaannya bagi anak-anak anggota-anggota ABDB buat julung kalinya pada tahun ini turut disertai oleh anak-anak Warga Awam Kementerian Pertahanan dan diisikan dengan program-program kerohanian merangkumi Sembahyang-sembahyang Fardhu dan Qiamullail, aktivi-aktiviti zikir dan pembersihan, ziarah ke Masjid-masjid dan surau-surau perkhemahan ABDB disamping lawatan ke Taman-taman peranginan dan Kampong-Kampong yang terpilih dalam hasrat memandu para peserta kepada Mencintai Rumah-Rumah Allah Subhannahu Wa Ta'ala dan sentiasa menghampirkan diri kepada Nya disamping membentuk Tunas Bangsa yang  mencintai Negara Sendiri.

Turut hadir ke majlis penutup berkenaan ialah Dyg Siti Norain binti DP Haji Abd Rahim, isteri Tetamu kehormat, siapa yang turut berkesudahan menyampaikan sijil-sijil kepada Peserta Perempuan, Ketua Unit Inspektorat ABDB, pegawai-pegawai jemputan, para Pegawai serta anggota JAMAAT dan Ibu bapa serta Penjaga para peserta yang mengikuti program berkenaan.

4

3

5

1

2

Gambar-Gambar oleh Hj Helmi Hj Abd Latif

Attachments