On arrival His Majesty’s was greeted by the
Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat and
the Commander of RBAF, Major General Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin
Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Accompanying His Majesty was His
Royal Highness General Prince Haji Al-Muhtadee Billah, Senior Minister
at the Prime Minister’s Office, General RBAF and His Royal Highness
Prince 'Abdul Malik.
Shortly after the arrival at the parade
square, His Majesty was accorded the Royal Salute before His Majesty
consented to inspect the guard of honour lined up on the field. The
guard of honour which comprised of 1,449 personnel from various RBAF
units that includes Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy
(RBN), Royal Brunei Air Force (TUDB), Training Institute RBAF (TI RBAF),
Women Military Personnel and the Special Force Regiment (SFR) were
commanded by the Parade Commander Lieutenant Colonel Mohd Ismaon bin Hj
Zainie.
Following the inspection, the grand parade preceded the
slow and fast march, carrying with them His Majesty’s and RBAF
regimental flags. After executing the march past, His Majesty once again
received the royal salute, followed by the Royal Brunei Air Force
helicopters’s fly-past. His Majesty then received 3 chants of “Daulat
Kebawah Duli Tuan Patik” by the grand parade.
His Majesty then
consented to deliver a Titah inconjunction with the 49th RBAF
anniversary celebration. Following the royal address, a Doa Selamat was
read by the Head of RBAF Religious Department (JA’MAAT) Lieutenant
Colonel (U) Haji Abdur’ Rahim bin Haji Abd Karim.
After the
parade event, His Majesty consented to a light refreshment at the Guest
Room of RBAF Training Institute Headquarters before proceeding to the
static displays. The static displays were presented by the Royal Brunei
Air Force (TUDB), Royal Brunei Navy (RBN) and Special Force Regiment. A
display of archery shooting and horse riding was also displayed at the
football A and B.
From the static displays, His Majesty proceeded
to meet with personnel at the Warrant Officer/Staff Sergeant/Sergeant
Mess. Here, His Majesty and His Royal Highness General Prince Haji
Al-Muhtadee Billah, both received ‘pesambah’ and took a group
photograph. His Majesty then received a ‘junjung ziarah’ from the RBAF
Non-Commissioning Officers and signed the Royal Parchment prior to
leaving the mess.
From the Warrant Officer/Staff
Sergeant/Sergeant Mess, His Majesty and Their Royal Highnesses were
taken to the Company Recruit Building of the TI RBAF and the Military
Performance Optimisation Centre (POC) for another array of static
displays. This was later followed with the final static display by the
Royal Brunei Land Force (RBLF) at the Infantry School.
After
viewing the static displays, His Majesty and Their Royal Highness
proceeded to the Lower Ranks Club/ TI RBAF Library for the ‘junjung
ziarah’ with other ranks personnel. His Majesty and His Royal Highness
General Prince Haji Al-Muhtadee Billah were presented with another
‘pesambah’ and a group photograph session. His Majesty then received a
‘junjung ziarah’ from the RBAF Other Rank Personnel and later signed the
Royal Parchment.
His Majesty and Their Royal Highnesses also had
the opportunity to witness a number of activities at the Blue Tower
such as Rock Climbing, Flying Fox, Abseiling and Roping by the RBLF
personnel and the POC Physical Trainers before going to the Penanjong
Officers’ Mess.
While at the Penanjong Garrison Officers’ Mess,
His Majesty and Their Royal Highness were presented a ‘santap’ with the
Ministry of Defence, RBAF officials and retired Commanders of RBAF. His
Majesty also consented to cut the 49th RBAF Anniversary cake after
which both His Majesty and His Royal Highness General Prince Haji
Al-Muhtadee Billah consented to receive Pesambah.
After the ‘Doa
Selamat’ was read by the Head of JA’MAAT prior to the ‘santap’, His
Majesty was introduced to senior officers who are currently undertaking
the 7th series of Ministry of Defence Executive Development Programme
(EDP). This year’s EDP is attended by senior military officers from
RBAF, senior civilian officers from Prime Minister’s Office, Ministry of
Foreign Affairs and Trade and Ministry of Health, as well as a first
time participant of a senior officer from The Sultanate of Oman.
After
the ‘santap’ His Majesty and His Royal Highness General Prince Haji
Al-Muhtadee Billah consented to receive a ‘junjung ziarah’ with the
in-service and retired RBAF officers. Before leaving the event, His
Majesty and His Royal Highness the Crown Prince signed the Royal
Parchments and a took a group photograph with senior officers of the
Ministry of Defence and RBAF.
KDYMM Berangkat ke Sambutan HUT ABDB ke 49
Penanjong, Isnin, 31 Mei 2010 -
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan berangkat ke Sambutan
Hari Ulang Tahun ABDB ke-49 di Penanjong Garison.
Keberangkatan
tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dijunjung oleh Timbalan Menteri
Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah
ABDB, Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful
Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Berangkat sama ialah Duli
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri,
Jeneral ABDB dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji
‘Abdul Malik.
Sejurus berangkat tiba di padang kawad, baginda
berkenan menerima tabik hormat diraja dan memeriksa pasukan-pasukan
perbarisan raksasa seramai 1,449 anggota ABDB yang terdiri daripada
Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB),
Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Tentera Wanita, Institut Latihan
ABDB (IL ABDB) dan Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB di bawah perintah
Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Mohd Ismaon bin Hj Zainie.
Selepas
baginda memeriksa perbarisan acara disusuli dengan perjalanan lalu masa
perlahan dan cepat oleh pasukan-pasukan perbarisan yang membawa
panji-panji Kebawah DYMM dan panji-panji Pasukan ABDB. Selepas
pergerakan perbarisan, baginda sekali lagi disembahkan dengan tabik
hormat diraja diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat Tentera Udara
Diraja Brunei (TUDB) dan diikuti laungan suara tiga kali 'Daulat Kebawah
Duli Tuan Patik’.
Baginda seterusnya berkenan mengurniakan titah
dan kemudian bacaan doa selamat dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB
(JA'MAAT), Leftenan Kolonel (U) Haji Abdur' Rahim bin Haji Abd. Karim.
Dari
padang kawad, baginda dijunjung bersemayam di Bilik Tetamu di Markas
Institut Latihan ABDB bagi Majlis Santap Ringan sebelum dijunjung
berangkat untuk menyaksikan pameran-pameran statik. Pameran-pameran
static telah disembahkan oleh Tentera Udara Diraja Brunei, Tentera Laut
Diraja Brunei dan Rejimen Pasukan Khas. Pertunjukkan memanah dan
menunggang kuda juga dipersembahkan di Padang bola A dan B.
Dari
pameran statik, Baginda dijunjung berangkat ke Mes Pegawai Waran/Staf
Sarjan/Sarjan. Disini, Baginda dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
telah berkenan menerima pesambah serta bergambar ramai. Baginda dan Duli
Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima junjung ziarah dari
Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah ABDB dan menandatangani Lembaran
Keberangkatan Khas Diraja sebelum meninggalkan mes.
Dari Mes
Pegawai Waran/Staf Sarjan/Sarjan, Baginda dan Duli Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah serta ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain dijunjung melawat ke
pameran statik bertempat di Bangunan Kompeni Rekrut, Insitut Latihan
ABDB dan Pusat Optima Kecergasan Tentera. Ini diikuti dengan
keberangkatan ke pameran statik Tentera Darat Diraja Brunei di Sekolah
Infantri.
Selepas menyaksikan pameran statik, Baginda dan Duli
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung berangkat ke Bangunan Kelab
Peringkat Rendah/Perpustakaan. Baginda dan Duli Yang Teramat Mulia telah
disembahkan dengan pesambah dan seterusnya berkenan untuk bergambar
ramai. Kemudian Baginda dan Duli YHang Teramat Mulia berkenan menerima
junjung ziarah dari Lain-Lain Peringkat ABDB dan kemudiannya
menandatangani Lembaran Keberangkatan Khas Diraja.
Baginda dan
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah serta ahli-ahli Kerabat Diraja
yang lain dijunjung pula ke ‘Blue Tower’ untuk menyaksikan aktiviti
‘Rock Climbing’, ‘Flying Fox’, ‘Abseiling’ dan ‘Roping’ oleh anggota
TDDB dan Jurulatih-Jurulatih Latihan Jasmani Pusat Optima Kecergasan
Tentera sebelum bertolak ke Mes Pegawai Penanjong Garison.
Semasa
di Mes Pegawai Penanjong Garison, Baginda dan Duli Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah serta ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain telah disembahkan
dengan majlis santap bersama-sama pegawai-pegawai Kementerian
Pertahanan, ABDB dan juga mantan-mantan pemerintah ABDB. Baginda juga
berkenan memotong kek Sambutan Ulang Tahun ABDB Ke-49. Seterusnya
Baginda serta Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah.
Selepas
doa selamat dibacakan oleh Ketua JAMA’AT bagi memulakan majlis santap,
Baginda disembahkan kepada Pegawai-Pegawai Program Perkembangan
Eksekutif (EDP) Kementerian Pertahanan Ke-7. Program EDP tahun ini kali
ini disertai oleh pegawai-pegawai kanan tentera dari ABDB,
pegawai-pegawai kanan awam dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal
Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta Kementerian Kesihatan dan buat
kali pertama pegawai kanan dari Kesultanan Oman.
Selepas majlis
santap, Baginda dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda
Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima
junjugn ziarah daripada pegawai-pegawai ABDB yang berkhidmat dan
bersara. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Baginda dan Duli Yang
Teramat Mulia berkenan menandatangani Buku Pelawat Khas Diraja dan
seterusnya bergambar ramai dengan pegawai-pegawai kanan Kementerian
Pertahanan dan ABDB.








Prepared by Siti Zahira Hj Abu Bakar
Photos by Serabah Hj Abas & Cpl Hj Rosaimi Hj Lamit