Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

​ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD HARI RAYA AIDILFITRI PRAYERS 1442 HIJRAH


BERAKAS GARISSON, Friday, 14 May 2021 – Muslims throughout the country today ushered in Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah with mass Hari Raya Aidilfitri Prayers held at mosques and suraus nationwide including suraus at all camps of the Royal Brunei Land Force.

Present as the guest of honour for the ceremony held at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison was Yang Mulia Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held at all RBLF camps attended by the respective Commanding Officers.

The ceremony commenced with Hari Raya Takbir followed by Hari Raya Aidilfitri Prayers led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun, and proceeded with sermons delivered by Private Abd Manan bin Othman from Royal Brunei Armed Force Religious Department, (JAMA'AT). The ceremony then concluded with Tasbih Kafarah.

Despite there are still concerns about COVID-19 infection, this festive occasion will be celebrated by all Muslims throughout the Country in accordance with the SOPs set by the Ministry of Health. It is also a time to seek forgiveness from families and friends






TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TUNAIKAN SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILFITRI 1442 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Selasa, 11 Mei 2021 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri dengan menunaikan Sembahyang Sunnat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah berjemaah di kesemua masjid dan surau di seluruh negara termasuk surau-surau di semua Perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis yang telah diadakan di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, dan anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dengan dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah.

Acara dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidilfitri diimamkan oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Faizun dan kemudian diteruskan dengan Khutbah yang disampaikan oleh Soldadu Abd Manan bin Othman dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT). Acara kemudian di akhiri dengan Tasbih Kafarah. 

Walaupun masih terdapat kebimbangan mengenai jangkitan COVID-19, sambutan Hari Raya Aidilfitri masih disambut oleh semua umat Islam di seluruh Negara dengan mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Ianya juga merupakan masa untuk saling bermaafan sesama ahli keluarga dan rakan taulan.