Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE ORGANISED RELIGIOUS ACTIVITIES FOR MINISTER OF DEFENCE II AT KG BANG DALAM MOSQUE AND KG BENUTAN MOSQUE


TUTONG, Saturday, 01 May 2021 - Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department (JAMA'AT) has organised the Ihya Ramadhan and outreach Programme to Kampong Bang Dalam Mosque in Mukim Lamunin and Kampong Benutan Mosque in Mukim Rambai. This religious programme was the first function co-organised by 2Bn RBLF and JAMA'AT this Ramadan.

Present at the programme were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, The Minister of Defence II, Permanent Secretary, Commander of RBLF, Deputy Permanent Secretaries, Senior Ministry of Defence (MINDEF) and RBAF Officers. 

The programme began with Mass Asar Prayer at Kampung Bang Dalam Mosque with the residents of Kampong Bang Dalam led by Imam Aliyan bin Abdullah, followed by recitation of Surah Yaasiin and Tahlil for the deceased parents of the orphans. The programme then continued with donations distributed by Yang Berhormat Pehin to the orphans and for the mosque.

The entourage proceeded to Kampong Benutan Mosque where the programme commenced with the recitation of Surah Yassin and Tahlil followed by the distribution of donations distributed by Yang Mulia Brigadier General Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. The programme then continued with Iftar followed by mass Maghrib prayers. The programme proceeded with mass Fardhu Isya 'Prayer, Sunat Terawih and Sunat Witir Prayer and concluded with Tadarus Al-Quran.

The 2Bn RBLF and JAMA'AT coordinated the event as one of the several initiatives to help the orphans in conjunction with Aidilfitri Celebration. Furthermore, the event aims to enliven the mosque during the holy month of Ramadhan.


 


BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJURKAN AKTIVITI KEAGAMAAN BAGI MENTERI PERTAHANAN KEDUA DI MASJID KG BANG DALAM DAN MASJID KG BENUTAN

TUTONG, Sabtu, 01 Mei 2021 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dengan kerjasama Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dan Program Jangkauan di Masjid Kampong Bang Dalam, Mukim Lamunin dan Masjid Kampong Benutan, Mukim Rambai. Majlis tersebut adalah majlis yang pertama kali dianjurkan bersama oleh 2Bn TDDB dan JAMA'AT pada bulan Ramadan tahun ini.

Hadir pada program tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Setiausaha Tetap, Pemerintah TDDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap,  serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Program dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah di Masjid Kampong Bang Dalam bersama penduduk Kampong Bang Dalam yang diimamkan oleh Imam Aliyan bin Abdullah diikuti dengan bacaan Yassin dan Tahlil Arwah untuk ibu bapa anak-anak yatim yang telah kembali ke Rahmatullah. Program kemudian diteruskan dengan sumbangan derma yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehinkepada anak-anak yatim dan derma untuk Masjid.

Seterusnya, rombongan bergerak ke Masjid Kampong Benutan dan majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil diikuti dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh Brigadier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Program diteruskan dengan Sungkai Bersama dan Sembahyang Fardhu Magrhib berjemaah. Program kemudian disambung dengan Sembahyang Fardhu Isya' berjemaah, Solat Sunat Terawih dan Witir serta Tadarus Al-Quran. 

Majlis yang dianjurkan bersama oleh 2Bn TDDB dan Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT) tersebut adalah sebahagian daripada salah satu inisiatif keugamaan yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim menjelang Hari Raya Aidilfitri di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid di bulan Ramadan ini.