Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

TERAWIH PRAYERS, TADARUS AL-QURAN AND DISTRIBUTION OF DATES IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADHAN 1444 HIJRAH

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 22 March 2023 – The arrival of the blessed month of Ramadhan 1444 Hijrah was glorified with Terawih prayers, Tadarus Al-Quran and the distribution of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s personal gift of dates in conjunction with the month of Ramadhan 1444 Hijrah at Surau Al Faizun, Berakas Garrison.


Present as the Guest of Honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present were Field Commander RBLF, Chief of Staff RBLF, Senior Officers and RBLFpersonnel.


The event commenced with a mass Isya' prayer, followed by Terawih and Witir Prayers. It continued with the recitation of Sayyidul Istighfar and the opening of Tadarus Al-Quran by the Commander of RBLF. The distribution of dates were presented by the Guest of Honour, followed by Field Commander RBLF and Chief of Staff RBLF to the Senior Officers and Officers of RBLF.


Similar events were also conducted simultaneously at all RBLF camps, attended by Senior officers, officers and personnel from respective camps.


This event intends to encourage RBLF personnel to read all 30 Juzuk, or chapters, of the holy Quran. Is also coincides with the aspiration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for the residents of the country to enhance their knowledge and become more proficient in reciting of the Al-Quran. The giving of dates as personal gifts reflects the loving and care of His Majesty especially in performing religious deeds in conjunction with the holy month of Ramadhan.



SOLAT TERAWIH, TADARUS AL-QURAN DAN PENGAGIHAN KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SEMARAK BULAN RAMADHAN 1444 HIJRAH


BERAKAS GARISON, Rabu, 22 Mac 2023 – Bagi menyemarakkan dan merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan 1444 Hijrah, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengungkayahkan Solat Terawih, Tadarus Al-Quran dan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertempat di Surau Al' Faizun, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan menunaikan solat fardhu Isya' berjemaah, diikuti dengan Solat Terawih dan Witir. Pembacaan Sayyidul Istighfar dan pembukaan Tadarus Al-Quran oleh Pemerintah TDDB turut menyerikan lagi majlis berkenaan. Seterusnya ialah pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh Pemerintah TDDB, diikuti dengan Pemerintah Medan TDDB dan Ketua Staf TDDB mengagihkan kurma tersebut kepada Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai TDDB.  

Majlis yang sama juga diadakan di seluruh perkhemahan tentera TDDB yang dihadiri oleh Pegawai Kanan, Pegawai dan anggota TDDB mengikut perkhemahan masing-masing.

Melalui aktiviti yang berkebajikan ini, ia setentunya menjadi pendorong kepada semua anggota TDDB untuk membaca 30 Juzu' Kitab suci Al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkah. Amalan mulia ini juga bertepatan dengan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi melahirkan generasi celik Al-Quran yang bukan sahaja mampu membaca Al-Quran dengan lancar tetapi juga dapat memahami isi kandungannya. Selain itu, pengurniaan buah-buah kurma kurnia peribadi ini setentunya mencerminkan sikap pemedulian dan kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk mengurniakan amal sedekah secara khusus sempena menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak.