Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HONOURED OUTGOING AND INCOMING COMMANDING OFFICER

​BERAKAS GARRISON, Tuesday, 24 January 2023 - First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held a handing over of command today between Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, the outgoing Commanding Officer 1Bn RBLF and Major Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, its incoming Commanding Officer designate of 1Bn RBLF at Parade Square, Berakas Garrison.

The ceremony began with the arrival of the outgoing Commanding Officer received the honorary salute and parade inspection. The parade was led by Major Khairul Arifin bin Awang Adanan, Officer Commanding of Command Company 1Bn RBLF which consisted of 1Bn RBLF personnel. It continued with a speech by the outgoing Commanding Officer and the signing of the handing over certificate.

As a newly appointed Commanding Officer of 1Bn RBLF, Major Pengiran Ridzamfaizal also delivered his inaugural speech and inspected the parade. The event continued with the recital of Doa Selamat by Lieutenant Mohammad Afiq bin Haji Janaidi and ended with a luncheon at the Warrant Officers', Staff Sergeants', and Sergeants' Mess, Berakas Garrison​.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH

BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Selasa, 24 Januari 2023 - Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas pada hari ini di antara Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, mantan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dan Mejar Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh selaku Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB yang baru bertempat di Padang Kawad, Berakas Garison.

Upacara dimulakan dengan ketibaan mantan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, menerima tabik hormat dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan yang diketuai Mejar Khairul Arifin bin Awang Adanan, Pegawai Memerintah Kompeni Memerintah 1Bn TDDB yang mana kawalan perbarisan terdiri daripada anggota dari 1Bn TDDB. Ia diikuti dengan ucapan daripada mantan Pegawai Pemerintah dan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB.

Sebagai Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB yang baru, Mejar Pengiran Ridzamfaizal juga menyampaikan ucapan dan memeriksa kawalan perbarisan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Leftenan Mohammad Afiq bin Haji Janaidi sebelum diakhiri dengan jamuan tengahari yang diadakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison.