Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

PROMOTION CEREMONY FOR COMBAT SERVICE SUPPORT ROYAL BRUNEI LAND FORCE PERSONNEL

BERAKAS GARRISON, Friday, 20 January 2023 – A promotion ceremony for the Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) personnel was held today at two separate venues, respectively. The promotion ceremony for the Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) was held at the Warrant Officers', Staff Sergeants' and Sergeants' Mess, Berakas Garrison whereas for NCOs was held at the Cook House of First Battalion RBLF.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Awang Haji Arsahrin bin Haji Ariff@Arif, Deputy Commandant CSS RBLF. Also present were Senior Officers, Officers, SNCOs and personnel of CSS RBLF.

A total of 14 personnel was promoted to SNCOs that includes nine personnel promoted to Substantive Sergeant and five personnel promoted to Acting Sergeant. Meanwhile, for NCOs, six personnel promoted to Substantive Corporal, nine personnel promoted to Acting Corporal, 25 personnel promoted to Substantive Lance Corporal and 15 personnel promoted to Acting Lance Corporal.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the rank insignia presentation and the recital of Closing Doa. The ceremony concluded with a photo session and the signing of parchment at each respective events.

 

​​​​MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA-ANGGOTA KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 20 Januari 2023 – Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat di dua tempat berasingan iaitu bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison dan bagi PTB-PTB telah dilaksanakan di Dewan Makan Batalion Pertama TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Awang Haji Arsahrin bin Haji Ariff@Arif, Timbalan Komandan KBK TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan anggota-anggota KBK TDDB.

Jumlah keseluruhan yang menerima pangkat bagi PTB Kanan ialah 14 anggota iaitu sembilan anggota dinaikkan ke pangkat Sarjan Tetap dan lima anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Sarjan. Manakala, bagi kenaikan pangkat PTB pula seramai  enam anggota dinaikkan ke pangkat Kopral Tetap, sembilan anggota dinaikkan ke pangkat ke Pemangku Kopral, 25 anggota dinaikkan ke pangkat Las Kopral Tetap dan 15 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Las Kopral.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat dan bacaan Doa Penutup. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan.