Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EXERCISE PAHLAWAN MANTAP 2022

BELAIT DISTRICT, Thursday 17 November 2022 - The Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif visited Exercise Pahlawan Mantap 2022 during the final attack phase held at Sungai Banyu, Kampong Merangking, Belait District. The exercise was carried out for four days, from 14 November 2022 until 17 November 2022 with a combination of four courses which consisted of; 10 participants from Company Commander Course 2022, 15 participants from Platoon Commander Course 3/2022 Series, 60 course participants from Section Commander Course 2022 and 10 course participants from Tracking Course 2022.

Also in attendance were Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Field Commander of RBLF, Acting Commanding Officer of School of Infantry RBLF (SOI RBLF) and Officers of RBLF.

Upon arrival at the exercise area, the Commander of RBLF was briefed on of exercise by Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Acting Officer Commanding, Officers Development Wing of SOI RBLF followed by an operational brief by the exercise Higher Controller (HiCon) which consisted of the Company Commander Course participants.

The entourage then proceeded to the final attack location to spectate the execution of the final attack. At the end of the exercise, the Commander of RBLF had the opportunity to meet with the course participants and gave words of wisdom where he touched on the conduct of leadership within all levels of RBLF, the Commander also shared his experience and the importance of strengthening the military fundamentals. The visit concluded with a group photo and refreshments.

Exercise Pahlawan Mantap aims to enhance the course participant's knowledge, particularly on infantry tactics and develop them into a competent and confident soldier capable of making sensible decisions, actions, more importantly command and control. The exercise allowed the course participants to familiarise themselves of their respective roles in the infantry, the organisation, and the role of combat support in jungle warfare.


EKSESAIS PAHLAWAN MANTAP 2022

DAERAH BELAIT, Khamis 17 November 2022 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah melawat serangan terakhir Eksesais Pahlawan Mantap 2022 yang diadakan di Sungai Banyu, Kampong Merangking, Daerah Belait. Eksesais tersebut telah dijalankan selama empat hari bermula pada 14 November 2022 sehingga 17 November 2022 yang menggabungkan empat kursus, terdiri daripada 10 peserta kursus dari Kursus Ketua Kompeni Sesi 2022, 15 peserta kursus dari Kursus Tempur Ketua Platun Siri 3/2022, 60 peserta kursus dari Kursus Tempur Ketua Seksyen Sesi 2022 dan 10 peserta kursus dari Kursus Pengesan Tempur 2022. 

Turut hadir ialah Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri TDDB (SI TDDB) dan Pegawai-pegawai TDDB.

Sejurus ketibaan, Pemerintah TDDB telah diberi taklimat eksesais yang disampaikan oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pemangku Pegawai Memerintah, Cawangan Perkembangan Pegawai, SI TDDB diikuti dengan Operational Brief dari eksesais Higher Controller (HICON) yang terdiri daripada peserta Kursus Ketua Kompeni sesi 2022.​

Rombongan kemudiannya bergerak ke tapak serangan bagi menyaksikan perlaksanaan serangan akhir. Di akhir latihan, Pemerintah TDDB berkesempatan berjumpa dengan peserta kursus di mana beliau menyentuh mengenai kepimpinan di semua peringkat TDDB di samping berkongsi pengalaman mengenai kepentingan bagi memperkasakan asas-asas ketenteraan. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan jamuan ringan.

Rombongan kemudiannya bergerak ke tapak serangan untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan latihan diikuti dengan kata-kata nasihat daripada Pemerintah TDDB di mana beliau menyentuh mengenai kepimpinan di semua peringkat TDDB di samping berkongsi pengalaman mengenai kepentingan bagi memperkasakan asas-asas ketenteraan. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan jamuan ringan.

Eksesais Pahlawan Mantap bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta kursus, terutamanya mengenai taktik infantri di samping menjadikan mereka untuk menjadi tentera yang cekap dan yakin diri dan mampu membuat keputusan, tindakan serta perintah dan kawalan yang terperinci. Eksesais ini juga membolehkan mereka membiasakan dan mengetahui peranan masing-masing, organisasi dan penyatuan infantri dan sokongan bantuan kombat tempur terutama dalam operasi hutan.