PENANJONG GARRISON, Thursday, 15 September 2022 – An annual bilateral exercise between Brunei Darussalam and Malaysia, Exercise MERTAKBERSATU 12/2022 was officially closed today. This year's exercise involved a total of 135 officers and personnel from Mortar Platoon First Battalion RBLF (1Bn RBLF), Second Battalion RBLF (2Bn RBLF), Third Battalion RBLF (3Bn RBLF) and Third Battalion of Royal Ranger Regiment (3RRD) Malaysian Army which took place at the Field Firing Area (FFA), Binturan Range, Penanjong Garrison.
Present as the Guest of Honour was Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Field Commander of RBLF. Also in attendance as invited guests were Brigadier General Haji Mohd Shauari bin Haji Mat Piah, 9th Infantry Brigade Commander, Senior Officers, Officers, and representatives from the Malaysian Army.
The ceremony started with an Exercise Brief delivered by 2Bn RBLF Officers, followed by a Live Firing demonstration of a Company attack. The demonstration highlighted the Defensive Fires by the Mortar Platoon from RBLF and 3RRD to the enemy objective to allow the company to close in and subsequently destroy the enemy objective. The demonstration ended with both mortar platoons firing Final Protective Fire to the enemy objective in order to protect friendly forces.
The closing ceremony then proceed with handing over of the Malaysian flag to 3RRD Malaysian Army. The 9th Infantry Brigade Commander had the honour of officially close Exercise MERTAK BERSATU 12/2022 Brunei Darussalam, followed by the closing remarks from Field Commander RBLF. The ceremony concluded with a closing doa and photo session.
Exercise MERTAK BERSATU Series 12/2022 Brunei Darussalam which spans from 10 September 2022 to 19 September 2022 remains an important platform to strengthen defence diplomacy and military cooperation between Brunei Darussalam and Malaysia. The exercise allows Mortar Platoons from both armies to enhance interoperability, raise professionalism and provide an opportunity to train, improve skills and exchange views.
UPACARA PENUTUP BAGI EKSESAIS MERTAK BERSATU 12/2022 BRUNEI DARUSSALAM
PENANJONG GARISON, Khamis, 15 September 2022 – Eksesais dua hala tahunan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia iaitu Eksesais MERTAK BERSATU 12/2022 telah ditutup rasmi pada hari ini. Eksesais tahun ini melibatkan seramai 135 pegawai dan anggota Platun Mertak yang terdiri daripada Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB), Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB), Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) dan Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja Tentera Darat Malaysia (3RRD TDM) telah dilaksanakan di Padang Tembak FFA, Penanjong Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi upacara tersebut ialah Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB. Turut hadir sebagai tetamu undangan Brigedier Jeneral Hj Mohd Shauari bin Hj Mat Piah, Panglima 9 Briged, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan wakil daripada Tentera Darat Malaysia.
Upacara dimulakan dengan Taklimat Eksesais yang disampaikan oleh Pegawai-pegawai dari 2Bn TDDB dan disusuli dengan demonstrasi tembakan peluru hidup serangan kompeni. Demonstrasi itu menumpukan kepada serangan tembakan defensif daripada Platun Mertak TDDB dan 3RRD kepada objektif musuh. Demonstrasi itu diakhiri dengan kedua-dua Platun Mertak melepaskan serangan tembakan pelindung kepada objektif musuh bagi melindungi angkatan sahabat.
Majlis penutup diteruskan dengan penyerahan bendera Malaysia kepada 3RRD Tentera Diraja Malaysia. Panglima 9 Briged, Tentera Darat Malaysia diberikan penghormatan untuk menutup secara rasmi Eksesais Mertak Bersatu 12/2022 Brunei Darussalam, diikuti dengan ucapan penutup daripada Pemerintah Medan TDDB. Majlis diakhiri dengan doa selamat dan sesi bergambar ramai.
Eksesais MERTAK BERSATU Siri 12/2022 Brunei Darussalam yang bermula pada 10 September 2022 hingga 19 September 2022 ini terus menjadi landasan penting bagi mengukuhkan diplomasi pertahanan dan kerjasama ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Eksesais ini membolehkan Platun Mertak daripada kedua-dua tentera meningkatkan lagi interoperabiliti, meningkatkan tahap profesional dan memberikan peluang untuk berlatih bersama, meningkatkan kemahiran, dan berkongsi pandangan.