Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

URBAN OPERATION PHASE DURING EXERCISE PAHLAWAN WARRIOR 2022


PENANJONG GARRISON, Sunday, 19 June 2022 – Urban Operation Exercise between Third Battalion of the Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) and the United States Army Pacific (USARPAC) 25th Infantry Division was held today at FIBUA Village, Penanjong Garrison.

Present to spectate the phase of Urban Operation Exercise was Brigadier General Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander RBLF. Also present was Acting Deputy Commander RBLF, Senior Officers, Officers, and personnel from RBLF and USARPAC.

Personnel from Bravo Company, 3Bn RBLF and personnel from USARPAC conducted a joint effort during the exercise led by Captain Ali Saufi bin Ali Safianm which focused on urban warfare using a variety of tactics.

Urban Operation is one of the two phases conducted under Exercise Pahlawan Warrior 2022. The purpose of this exercise is to enhance the bilateral relationship between the two armies by conducting mutual exchange and knowledge sharing on Urban Operation tactics and the use of advance military technology such as the Ultimate Training Munition (UTM) and the use of drones to provide real-time situational awareness.



FASA OPERASI URBAN SEMASA EKSESAIS PAHLAWAN WARRIOR 2022

PENANJONG GARISON, Ahad, 19 Jun 2022 – Eksesais Urban Operation antara Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dengan United States Army Pacific (USARPAC) 25th Infantry Division telah diadakan pada hari ini bertempat di Perkampongan FIBUA, Penanjong Garison.

Hadir bagi menyaksikan serangan semasa fasa Eksesais Operasi Bandar tersebut ialah Brigedier Jeneral Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota daripada TDDB dan USARPAC.

Anggota daripada Kompeni Bravo, 3Bn TDDB dan anggota daripada USARPAC melaksanakan latihan bersama yang diketuai oleh Kapten Ali Saufi bin Ali Safian yang memfokuskan pada peperangan bandar menggunakan pelbagai taktik.

Operasi Bandar adalah salah satu daripada dua fasa yang dijalankan di dalam Eksesais Pahlawan Warrior 2022.  Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara kedua-dua tentera dengan membuat pertukaran dan perkongsian pengetahuan bersama mengenai taktik Operasi Bandar dan penggunaan teknologi ketenteraan yang maju seperti Ultimate Training Munition (UTM) dan penggunaan dron untuk memberikan gambaran situasi.