Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD HANDOVER CEREMONY OF TITIAN AMAL REHABILITATION PROJECT AT KAMPONG SUKANG AND KAMPONG MELILAS

ULU BELAIT, Friday, 23 July 2021 – Third Battalion Royal Brunei Land force (3Bn RBLF) in collaboration with Persatuan Belia Belait (PEMBELA) and Amal Jariah Group held a handover ceremony of Titian Amal Rehabilitation Project named Mahabbah Ihsan 3.0 Project at two separate venues. The first ceremony was held at the residence of Dayang Tengah binti Kadir, Kampong Sukang and the second ceremony at Balai Ibadat Kampong Melilas.

The presentation of plaque to Dayang Tengah binti Kadir and Imam of Balai Ibadat Melilas was presented by Lieutenant Colonel Haji Muhammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of 3Bn RBLF as well as Atikah Rumaizah binti Dr Haji Harun, President of PEMBELA Association and Datin Hajah Misnah binti Haji Daud, Head of Amal Jariah Group which marked the completion of both rehabilitation projects.

The rehabilitation project at Dayang Tengah binti Kadir's residence started on 19 April 2021 until 05 May 2021 which included the installation of gutters, water tanks as well as the repairs of toilets and kitchen. Meanwhile for the rehabilitation project at Balai Ibadat Kampong Melilas which started from 25 May 2021 until 29 June 2021, included the construction of a water tank and the house generator.

This project aspires to contribute to Brunei vision 2035 through the Whole of Nation Approach with Non-Government Organisations (NGO) in implementing social responsibilities for community in need.



BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MELAKSANAKAN PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL DI KAMPONG SUKANG DAN KAMPONG MELILAS

ULU BELAIT, Jumaat, 23 Julai 2021 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dengan kerjasama dari Persatuan Belia Belait (PEMBELA) dan Kumpulan Amal Jariah telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Titian Amal TDDB yang dinamakan Projek Mahabbah Ihsan 3.0. Projek Titian Amal ini telah dilaksanakan di dua tempat yang berasingan iaitu di kediaman Dayang Tengah binti Kadir di Kampong Sukang dan juga di Balai Ibadat Kampong Melilas.

Penyerahan cenderahati kepada Dayang Tengah binti Kadir dan Imam Balai Ibadat Kampong Melilas telah disampaikan bersama oleh Leftenan Kolonel Haji Muhammad Alimin bin Haji Subohi Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB, Atikah Rumaizah binti Dr Haji Harun Dipertua Persatuan PEMBELA dan Datin Hajah Misnah binti Haji Daud Ketua Kumpulan Amal Jariah bagi menandakan selesainya projek baik pulih tersebut.

Projek membaik pulih rumah Dayang Tengah binti Kadir bermula daripada 19 April 2021 sehingga 5 Mei 2021 dengan bantuan pemasangan seperti pemasangan gutter, tangki air serta pembaikan tandas dan dapur. Manakala bagi projek membaik pulih prasarana di Balai Ibadat Kampong Melilas telah bermula pada 25 Mei 2021 sehingga 29 Jun 2021 termasuk projek membaik pulih rumah generator dan pembinaan tempat letak tangki air.

Projek tersebut menyahut Wawasan Brunei 2035 melalui Whole of Nation Approach bersama dengan Badan Bukan Kerajaan (Non-Government Organisation) dalam sama-sama menunaikan tanggungjawab sosial pada masyarakat.