Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD ENLIVENING ACTIVITIES AT KAMPONG BENUTAN


TUTONG, Thursday, 10 June 2021 – As part of the community outreach programme, Personnel of Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) went to Kampong Benutan Mosque and performed Maghrib & Isya prayers. The event then continued with the recitation of Surah Yaasin & Tahlil with the Imam and Mosque committee members of Kampong Benutan.

Present at the event was Officers of 2Bn RBLF, Imam and Bilal of Kampong Benutan Mosque as well as residents of Kampong Benutan.

The activity serves to further strengthen the relationship between Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel as well as RBLF personnel with the local community. It also allows RBLF personnel to foster a stronger relationship with the local residents as well as to enliven the mosques of rural areas within the Tutong District.


BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYEMARAKKAN MASJID KAMPONG BENUTAN DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN

TUTONG, Khamis, 10 Jun 2021 – Dalam program untuk menjalin hubungan erat bersama masyarakat tempatan, anggota-anggota Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah berkunjung ke Masjid Kampong Benutan dan menunaikan Solat Fardhu Maghrib & Isya berjemaah.  Majlis diteruskan dengan membaca Surah Yassin serta Tahlil bersama dengan Imam dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Benutan. 

Hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari 2Bn TDDB, Imam dan Bilal Masjid Kampong Benutan serta penduduk Kampong Benutan.

Aktiviti tersebut adalah salah satu langkah bagi mengeratkan silaturahim diantara warga penduduk Kampong Benutan bersama warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara amnya dan khususnya warga TDDB. Ianya juga memberikan peluang kepada anggota TDDB untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah bersama penduduk-penduduk kampong di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid dan balai ibadah di kawasan pedalaman Daerah Tutong.